Kepentingan elemen beat dalam babak dua filem J revolusi (2017)

Rosli Sareya and Zairul Anuar Md Dawam and D. Maryama Ag. Daud (2017) Kepentingan elemen beat dalam babak dua filem J revolusi (2017). Journal Of Social Science and Humanities, 16. pp. 1-12. ISSN 1823-884x

[img] Text
Kepentingan elemen beat dalam babak dua filem J revolusi (2017).pdf

Download (40kB)
[img] Text
Kepentingan elemen beat dalam babak dua filem J revolusi (2017)1.pdf
Restricted to Registered users only

Download (637kB)

Abstract

Skrip merupakan asas dalam pembentukan sesebuah filem. Beberapa pengkaji terdahulu telah merungkaikan secara terperinci permasalahan dalam penghasilan skrip di Malaysia. Namun sepanjang penyelidikan yang telah dilakukan, tiada pengkaji yang menyentuh tentang kepentingan dan pembentukan elemen beat dalam babak dua secara khususnya. Justeru kajian ini merungkai kepentingan elemen beat dalam babak dua menerusi filem aksi J Revolusi (2017). Ia juga mengkaji tahap intensiti yang bersesuaian dengan durasi dalam adegan aksi bagi menimbulkan kesan keterujaan dan cemas pada audien. Analisis beat dilakukan menggunakan pendekatan struktur tiga babak Blake Snyder (2005) yang memfokuskan elemen beat babak kedua dalam filem aksi terpilih. Elemen beat tersebut terdiri daripada break into two, b story, fun & games, mid point, bad guys close in, all is lost, dark night of the soul dan break into three. Kutipan data juga dilakukan melalui temubual bersama pengarah dan penulis skrip filem aksi tersebut. Kajian ini mendapati elemen beat yang diperkenalkan oleh Blake Snyder penting bagi menjadikan aliran penceritaan sesebuah filem aksi itu lebih menarik dan tidak membosankan audien. Didapati tahap intensiti dan durasi adegan juga penting bagi memastikan kekuatan beat sesebuah adegan filem. Selain itu, kajian ini juga mendapati elemen naratif seperti watak perwatakan dan konflik memainkan peranan penting dalam pembentukan beat sesebuah penceritaan. Kajian ini mampu memberikan faedah kepada penulis skrip dalam menghasilkan sebuah skrip filem aksi yang baik. Ia memberi panduan kepada mereka untuk menyusun elemen naratif bagi memastikan adegan pembentukan beat bagi sesebuah adegan dapat dilakukan dengan berkesan.

Item Type: Article
Keyword: Struktur naratif , Intensity , Elemen naratif , Elemen beat , Bahasa filem
Subjects: P Language and Literature > PN Literature (General) > PN1-6790 Literature (General) > PN1600-3307 Drama > PN1660-1693 Technique of dramatic composition
P Language and Literature > PN Literature (General) > PN1-6790 Literature (General) > PN1600-3307 Drama > PN2000-3307 Dramatic representation. The theater > PN2061-2071 Art of acting
Department: FACULTY > Academy of Arts and Creative Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 21 Aug 2021 16:47
Last Modified: 21 Aug 2021 16:47
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30313

Actions (login required)

View Item View Item