Ketidakcekapan pengurusan sumber air domestik, faktor penentu tercetusnya isu keselamatan air: Satu bentuk kajian awal di Pulau Sebatik, Malaysia

Adi Jafar and Nordin Sakke and Mohammad Tahir Mapa and Abdul Hadi Alimuddin (2019) Ketidakcekapan pengurusan sumber air domestik, faktor penentu tercetusnya isu keselamatan air: Satu bentuk kajian awal di Pulau Sebatik, Malaysia.

[img] Text
Ketidakcekapan pengurusan sumber air domestik, faktor penentu tercetusnya isu keselamatan air-Abstract.pdf

Download (62kB)
[img] Text
Ketidakcekapan pengurusan sumber air domestik, faktor penentu.pdf
Restricted to Registered users only

Download (636kB) | Request a copy

Abstract

Malaysia umumnya merupakan antara sebuah negara yang kaya dengan sumber air semulajadi. Purata jumlah hujan tahunannya adalah tinggi iaitu sebanyak 2940 mm setahun. Jumlah hujan yang tinggi adalah penting sebagai input kepada sistem bekalan air permukaan (sungai, tasik, kolam) dan air bawah tanah. Walau bagaimanapun, bekalan sumber air semulajadi yang banyak bukanlah jaminan kepada ketidakwujudan isu keselamatan air (water security) terutamanya dalam konteks kawasan pulau berpenghuni seperti Pulau Sebatik Wilayah Malaysia. Ini kerana, definisi keselamatan air itu sendiri adalah kemampuan setiap individu mengakses bekalan air bersih yang mencukupi pada harga berpatutan bagi menjalani kehidupan yang produktif (productive), bersih (clean) dan sihat (healty) tanpa mengabaikan kesejahteraan alam sekitar. Ironinya, perkara tersebut tidak akan tercapai sekiranya pengurusan bekalan air domestik di satu-satu kawasan masih lagi mundur. Dalam erti kata lain ianya masih bersifat tidak efisyen, sistematik dan holistik. Perkara ini sudah tentu akan mengganggu kestabilan sumber bekalan air daripada segi kuantiti, kualiti dan kebolehcapaiannya. Oleh hal demikian, kajian ini bertujuan mengenalpasti potensi sumber bekalan air di Pulau Sebatik Wilayah Malaysia sekaligus membincangkan bagaimana potensi sumber bekalan air tersebut diurus untuk tujuan kegunaan domestik. Bagi menjawab objektif yang telah digariskan, kaedah pemerhatian dan temubual telah digunakan. Didapati, terdapat tiga sumber bekalan air domestik utama yang berpotensi dibangunkan dan harus ditambah baik daripada segi kualiti, kuantiti dan kebolehcapaiannya iaitu air bawah tanah (perigi, air bur), air hujan (tuai hujan) dan air permukaan (empangan). Intihannya, isu mengenai keselamatan air yang wujud di Pulau Sebatik Malaysia bukanlah sepenuhnya disebabkan oleh kekurangan sumber bekalan air semulajadi namun sebaliknya adalah disebabkan oleh kaedah pengurusan yang tidak sistematik, efisyen dan menyeluruh.

Item Type: Proceedings
Keyword: Keselamatan air , Sebatik , Pengurusan bekalan air
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28-9999 Industries. Land use. Labor > HD101-1395.5 Land use; Land tenure
H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28-9999 Industries. Land use. Labor > HD1401-2210 Agriculture > HD1635-1702 Utilization and culture of special classes of lands Including pasture lands, water resources development
Department: FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 25 Aug 2021 19:10
Last Modified: 25 Aug 2021 19:10
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30315

Actions (login required)

View Item View Item