Komunikasi keorganisasian : satu pendekatan awal

Mali @ Awang Mali Awang Anak and Kee Sabariah Kee Mohd Yussof and Dzurizah Ibrahim (2019) Komunikasi keorganisasian : satu pendekatan awal.

[img] Text
Komunikasi keorganisasian, satu pendekatan awal-Abstract.pdf

Download (61kB)
[img] Text
Komunikasi Keorganisasian, Satu Pendekatan Awal.pdf
Restricted to Registered users only

Download (105kB) | Request a copy

Abstract

Komunikasi organisasi adalah proses yang melibatkan interaksi manusia yang berlaku dalam organisasi. Berdasarkan Goldhaber (1990), komunikasi organisasi ialah proses pembentukan dan pertukaran maklumat dalam jaringan perhubungan yang bergantung antara satu dengan yang lain untuk menangani ketidakpastian dalam persekitaran organisasi. Kepentingan komunikasi dalam organisasi adalah disebabkan oleh aktiviti komunikasi yang sentiasa berlaku secara berterusan dalam organisasi yang dinamik. Lewis (1987) menyatakan keperluan komunikasi dalam organisasi sangat tinggi di mana 70 peratus daripada masa bekerja melibatkan proses komunikasi, yang meliputi menulis (9%), membaca (16%), bercakap (30%) dan mencerap (45 %). Penyebaran maklumat berlaku melalui komunikasi dalam organisasi. Sehubungan dengan itu terdapat beberapa fungsi penting dalam komunikasi keorganisasian antaranya menyebarkan maklumat organisasi, melakukan penyelarasan tugas, mengintergrasi, mengurus, memujuk dan melakukan proses sosialisasi. Berdasarkan daripada fungsi komunikasi dalam organisasi, ketepatan dan amalan komunikasi yang berkesan harus ditekankan. Bagaimanakah strategi pihak pengurusan dalam meningkatkan keberkesanan komunikasi antara pekerja dan impaknya kepada pencapaian matlamat organisasi. Tidak kurang pentingnya era globalisasi dan kemodenan yang menjadikan teknologi sebagai keutamaan dalam organisasi. Penulisan ini menelusuri perbincangan secara konsepsual berkaitan komunikasi keorganisasian, teori asas dalam komunikasi keorganisasian, fungsi komunikasi dalam organisasi serta cabaran untuk membentuk komunikasi yang berkesan dalam organisasi.

Item Type: Proceedings
Keyword: Komunikasi keorganisasian , Teori komunikasi , Fungsi komunikasi keorganisasian
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28-9999 Industries. Land use. Labor > HD28-70 Management. Industrial management
H Social Sciences > HM Sociology (General) > HM(1)-1281 Sociology > HM1001-1281 Social psychology > HM1106-1171 Interpersonal relations. Social behavior
Department: FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 25 Aug 2021 19:20
Last Modified: 25 Aug 2021 19:20
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30316

Actions (login required)

View Item View Item