Tinjauan tahap persepsi pelaksanaan 15 langkah bandar selamat yang membantu meningkatkan keselamatan wanita daripada pelakuan jenayah di ruang awam Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah

Siti An-Nur Arsyi Lajimin and Nor-Ina Kanyo (2021) Tinjauan tahap persepsi pelaksanaan 15 langkah bandar selamat yang membantu meningkatkan keselamatan wanita daripada pelakuan jenayah di ruang awam Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah. Journal of Islamic, Social, Economics and Development (JISED), 6. pp. 157-169. ISSN 0128-1755

[img] Text
Tinjauan tahap persepsi pelaksanaan 15 langkah bandar selamat yang membantu meningkatkan keselamatan wanita daripada pelakuan jenayah di ruang awam Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah.pdf
Restricted to Registered users only

Download (412kB)
[img] Text
Tinjauan tahap persepsi pelaksanaan 15 langkah bandar selamat yang membantu meningkatkan keselamatan wanita daripada pelakuan jenayah di ruang awam Bandaraya Kota Kinabalu ABSTRACT.pdf

Download (63kB)

Abstract

Aspek keselamatan diri merupakan kebimbangan utama golongan wanita apabila berada di kawasan bandar. Hal ini kerana, wanita merupakan golongan yang sering menjadi mangsa bagi pelakuan jenayah yang biasanya berlaku di ruang awam bandar seperti di jalanan, taman, semasa menaiki pengangkutan awam, di sekolah, di tempat kerja, di dalam tandas awam atau di kawasan kejiranan mereka sendiri. Bagi mengurangkan masalah pelakuan jenayah yang semakin kompleks serta bagi menjaga kesejahteraan penduduk, maka konsep Bandar Selamat mula diperkenalkan dan dilaksanakan di peringkat dunia oleh UN-Habitat pada tahun 1996. Di Malaysia, konsep ini mula diperkenalkan sejak tahun 2004 di bawah tanggungjawab Jabatan Perancangan Bandar dan Desa dan telah memperkenalkan 15 Langkah Program Bandar Selamat pada tahun 2010. Justeru, kertas kerja ini bertujuan meneliti tahap persepsi wanita terhadap pelaksanaan 15 langkah Bandar Selamat yang benar-benar membantu meningkatkan keselamatan mereka daripada pelakuan jenayah di ruang awam, Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah. Seramai 300 orang responden wanita yang bekerja di sekitar kawasan kajian di pusat Bandaraya Kota Kinabalu terlibat dalam kajian in. Sumber data primer diperolehi melalui kaedah tinjauan borang soal selidik. Hasil kajian mendapati kesemua langkah Bandar Selamat yang dilaksanakan sememangnya dipersetujui oleh golongan ini dalam membantu meningkatkan keselamatan mereka daripada pelakuan jenayah namun 2 langkah paling dominan yang dikenalpasti adalah langkah ke-9 pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di premis perniagaan dan tempat awam serta langkah ke-10 iaitu pencahayaan dalam strategi 2 Langkah Bandar Selamat: Memperkasakan kawasan sasaran.

Item Type: Article
Keyword: Persepsi , Pelaksanaan 15 langkah bandar selamat , Keselamatan , Wanita
Subjects: H Social Sciences > HV Social pathology. Social and public welfare. Criminology > HV1-9960 Social pathology. Social and public welfare. Criminology > HV541 Women and charity
H Social Sciences > HV Social pathology. Social and public welfare. Criminology > HV1-9960 Social pathology. Social and public welfare. Criminology > HV6001-7220.5 Criminology > HV6035-6197 Criminal anthropology: Including criminal types, criminal psychology, prison psychology, causes of crime
Department: INSTITUTE > Borneo Institute for Indigenous Studies
Depositing User: SAFRUDIN BIN DARUN -
Date Deposited: 20 Sep 2021 12:05
Last Modified: 20 Sep 2021 12:05
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30319

Actions (login required)

View Item View Item