Keputusan Kerusi Parlimen Negeri Sabah dalam Pilihan Raya Umum ke-14, 2018: satu analisis

Mohd. Noor Mat Yazid (2020) Keputusan Kerusi Parlimen Negeri Sabah dalam Pilihan Raya Umum ke-14, 2018: satu analisis. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, 5. pp. 8-18. ISSN 2504-8562

[img] Text
Keputusan Kerusi Parlimen Negeri Sabah dalam Pilihan Raya Umum ke-14, 2018 Satu Analisis FULL TEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (722kB) | Request a copy
[img] Text
Keputusan Kerusi Parlimen Negeri Sabah dalam Pilihan Raya Umum ke-14, 2018_ Satu Analisis ABSTRACT.pdf

Download (64kB)

Abstract

Artikel ini membincangkan keputusan kerusi parlimen negeri Sabah dalam PRU 14, yang diadakan pada 9 Mei 2018. Kenapa terdapat perbezaan yang besar dalam keputusan pilihan raya umum ke-14 ini berbanding dengan keputusan pilihan raya umum sebelum ini. Keputusan PRU ke-14 di peringkat parlimen Sabah adalah berbeza dengan apa yang berlaku dalam pilihan raya sebelumnya; iaitu penguasaan BN yang merosot di peringkat parlimen Sabah. Perubahan besar telah berlaku dalam PRU ke-14, 9 Mei 2018 di mana parti-parti politik komponen BN telah mengalami kemerosotan besar dalam parlimen Sabah. Daripada jumlah keseluruhan 25 kerusi parlimen seluruh negeri Sabah, BN hanya berjaya mendapat sepuluh kerusi parlimen sahaja. Selebihnya adalah dimenangi oleh parti-parti politik yang bekerjasama dengan Pakatan Harapan iaitu Parti Warisan Sabah (8 kerusi), PKR (3 kerusi) dan DAP (3 kerusi). Ini adalah pertama kali BN mengalami kekalahan teruk dalam pilihan raya umum Sabah. Kajian ini mendapati bahawa isu-isu berkaitan dengan masalah ekonomi negara, dasar ekonomi dan percukaian yang menekan rakyat, kenaikan harga barang serta kenaikan kos hidup, rasuah dikalangan pimpinan tertinggi BN, harga petrol yang mahal telah membawa kepada perubahan besar sokongan pengundi Sabah menolak BN. Semua persoalan ini disokong oleh perubahan dan kecanggihan teknologi komunikasi yang memudahkan berlakunya penyebaran secara meluas kepada seluruh peringkat pengundi. Oleh itu dapat dikatakan bahawa tekonologi komunikasi moden ini mempunyai pengaruh besar kepada keputusan pengundi Sabah.

Item Type: Article
Keyword: Kerusi parlimen , Pilihan raya umum , Pakatan Harapan , Barisan Nasional , Parti Warisan Sabah
Subjects: J Political Science > JQ Political institutions and public administration (Asia, Africa, Australia, Pacific Area, etc.) > JQ21-6651 Political institutions and public administration (Asia, Africa, Australia, Pacific Area, etc.)
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: SAFRUDIN BIN DARUN -
Date Deposited: 20 Sep 2021 14:51
Last Modified: 20 Sep 2021 14:51
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30381

Actions (login required)

View Item View Item