Pengurusan sisa tayar: konsep, isu dan masalah dalam pengurusan

Ernita Eva Sunsearry Potirik and Mohammad Tahir Mapa (2019) Pengurusan sisa tayar: konsep, isu dan masalah dalam pengurusan.

[img] Text
Pengurusan sisa tayar, konsep, isu dan masalah dalam pengurusan-Abstract.pdf

Download (63kB)
[img] Text
Pengurusan Sisa Tayar, Konsep, Isu dan Masalah dalam Pengurusan.pdf
Restricted to Registered users only

Download (293kB) | Request a copy

Abstract

Peningkatan jumlah kenderaan di atas jalan raya secara tidak langsung meningkatkan penjanaan sisa tayar di dunia dan isu tersebut semakin membimbangkan. Sebanyak 64 peratus daripada sisa tayar di seluruh dunia dibuang ke tapak pelupusan sampah dan hanya 13 peratus yang dikitar semula. Ini jelas menunjukan bahawa pengurusan sisa tayar global masih ditahap membimbangkan. Pembuangan sisa tayar di tapak pelupusan boleh mendatangkan bahaya dan risiko antaranya dari aspek persekitaran, longgokkan tayar boleh mencetuskan kebakaran seperti mana yang berlaku di Huntington yang mana berlaku kebakaran sisa tayar selama 9 bulan. Bukan itu sahaja, pembuangan sisa tayar ke tapak pelupusan menyebabkan kerugian dari aspek pelung kitaran ekonomi melalui pengekstrakkan bahan dari tayar. Sungguhpun begitu, di Eropah lebih daripada 3.4 juta tan (95%) sisa tayar diuruskan secara lestari pada awal tahun 2012 yang melibatkan beberapa buah negara seperti EU27, Norway, Switzerland, dan Turkey. Kejayaan ini adalah disebabkan oleh pengurusan sisa tayar di negara tersebut yang sistematik dan efisien baik dari aspek kewangan, teknologi mahupun undang-undang. Justeru, sisa tayar seharusnya diuruskan dengan sistematik sama seperti sisa lain iaitu sisa domestik dan sisa industri. Bukan itu sahaja, peraturan dan undang-undang khusus mengenai sisa tayar adalah suatu keperluan sama ada daripada industri perkilangan tayar, industri penjualan tayar, bengkel mahupun individu-individu yang terlibat bagi memastikan pengurusan sisa tayar dapat dijalankan secara sistematik. Penulisan kertas kerja ini adalah untuk meneliti konsep sisa tayar dan melihat pengurusan sisa tayar yang digunakan di peringkat global dan Malaysia sekaligus mengkaji isu dan masalah daripada pengurusan dan kesan sisa tayar itu sendiri.

Item Type: Proceedings
Keyword: Sisa tayar , Pengurusan sisa tayar , Negara membangun , Kitar semula tayar
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28-9999 Industries. Land use. Labor > HD28-70 Management. Industrial management
T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering > TD1-1066 Environmental technology. Sanitary engineering > TD783-812.5 Municipal refuse. Solid wastes
Department: FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 26 Aug 2021 15:17
Last Modified: 26 Aug 2021 15:17
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30389

Actions (login required)

View Item View Item