Penghasilan produk koko teh hijau (Camellia Sinensis L.) 5 dalam 1

Cheong, Yong Wei (2006) Penghasilan produk koko teh hijau (Camellia Sinensis L.) 5 dalam 1. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000136.pdf

Download (10MB) | Preview

Abstract

Penyelidikan ini dilakukan untuk menghasilkan produk koko teh hijau 5 dalam 1. Sebanyak 12 formulasi telah dijalankan dan pemilihan formulasi terbaik adalah berpandukan keputusan yang diperolehi daripada ujian sensori yang dijalankan dalam kajian ini. Sebanyak 3 formulasi yang terbaik iaitu, F3, F7 dan F11 telah dipilih dalam setiap sesi ujian pemeringkatan berdasarkan min skor yang terbaik yang menunjukkan perbezaan yang signifikan (p<0.05). Formulasi F7 telah dipilih untuk penghasilan produk akhir yang mempunyai 17% serbuk koko, 39% gula kaster, 5% serbuk teh hijau, 20% tepung susu skim dan 19% krimmer bukan tenusu. Skor min F7 ujian hedonik untuk atribut warna (4.95 ± 1.18), aroma (4.43 ± 1.32), kemanisan (5.45 ± 0.85), kepahitan (4.08 ± 0.94), aftertaste (4.18 ± 0.90) dan penerimaan keseluruhan (5.08 ± 1.23). Analisis proksimat dijalankan dengan kandungan lembapan (3.01 ± 0.01), kandungan abu (3.40 ± 0.01), kandungan protein (11.53 ± 0.11), kandungan lemak (4.35 ± 0.07), kandungan serabut kasar (0.78 f 0.01) dan kandungan karbohidrat (76.92 ± 0.16). Kajian penyimpanan produk ini disimpan dalam pembungkusan lamina aluminium poliester polietena pada suhu bilik dan perubahan ciri-ciri fizikokimia dan keputusan menunjukkan perbezaan yang signifikan (p<0.05). Ujian sensori turut dikaji dan menunjukkan perbezaan yang signifikan (p<0.05) dengan sampel segar kecuali atribut wama (3.93 ± 0.27). Ujian mikroorganisma menunjukkan bahawa tiada pertumbuhan yis dan kulat semasa penyimpanan. Sampel segar produk koko teh hijau 5 dalam 1 digunakan untuk menjalani kajian pengguna yang menunjukkan bahawa 65% pengguna suka terhadap produk koko teh hijau 5 dalam 1 dan 69% pengguna akan membeli produk ini.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Cocoa, Green tea, Camellia Sinensis L.
Subjects: T Technology > TP Chemical technology > TP1-1185 Chemical technology > TP500-660 Fermentation industries. Beverages. Alcohol
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 10 Jun 2011 15:36
Last Modified: 19 Oct 2017 11:57
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/3040

Actions (login required)

View Item View Item