Komitmen organisasi: faktor-faktor yang mempengaruhi wartawan dalam penerbitan berita akhbar cetak di Malaysia

Lee, Kuok Tiung and Aisah Meri and Siti Suriani Othman and Liana Mat Nayan (2021) Komitmen organisasi: faktor-faktor yang mempengaruhi wartawan dalam penerbitan berita akhbar cetak di Malaysia. Jurnal Komunikasi Borneo (JKoB), 9. pp. 46-59. ISSN 2289-859X

[img] Text
Komitmen organisasi.pdf

Download (39kB)
[img] Text
Komitmen organisasi1.pdf
Restricted to Registered users only

Download (296kB)

Abstract

Komitmen terhadap tanggungjawab kerja dipengaruhi oleh pelbagai aspek psikologi seseorang wartawan dalam dunia kewartawanan. Kajian ini bertujuan meneliti factor factor internal dan eksternal organisasi yang mempengaruhi tugas seseorang wartawan sepanjang proses penerbitan berita. Sarjana seperti Scheufele (1999) pernah berhujah sekurang-kurangnya terdapat lima faktor yang berpotensi mempengaruhi bagaimana seseorang wartawan membingkai sesebuah isu yang diberikan iaitu nilai-nilai dan norma-norma sosial, halangan dan tekanan di tempat kerja, tekanan daripada kumpulan-kumpulan berkepentingan, rutin kerja kewartawanan dan orientasi ideologi dan politik diri wartawan. Hasil dapatan kajian menggunakan kaedah survei dengan 393 orang responden yang terdiri daripada wartawanwartawan dan editor dari 18 buah organisasi akhbar arus perdana di Malaysia menunjukkan komitmen kerja wartawan lebih dipengaruhi oleh faktor-faktor kognisi diri individu berbanding faktor-faktor eksternal organisasi. Aspek internal yang paling berpengaruh adalah daripada kluster sentimen profesionalisme wartawan disusuli oleh sentimen kerja dan kepuasan kerja. Aspek-aspek sifat organisasi, latihan yang diperolehi dan demografi wartawan turut dikenalpasti memainkan peranan penting menentukan komitmen wartawan terhadap kerja mereka. Kaedah penilaian kerja yang digunakan oleh organisasi berita telah ditunjukkan paling berpengaruh mempengaruhi komitmen organisasi. Di bawah kluster aspek kognisi individu wartawan, ideologi individu mempunyai hubungan signifikan dengan komitmen organisasi tetapi aspek ini merupakan aspek yang paling lemah berbanding aspek-aspek lain seperti menghormati ketua dan toleransi. Daripada segi faktor eksternal, perundangan komunikasi massa yang berperanan mengawal selia produk kewartawanan mempengaruhi kerja seseorang wartawan.

Item Type: Article
Keyword: Komitmen organisasi , Pembingkaian berita , Profesionalisme , Sentimen kerja , Kepuasan kerja , Sifat-sifat organisasi
Subjects: P Language and Literature > PN Literature (General) > PN1-6790 Literature (General) > PN4699-5650 Journalism. The periodical press, etc. > PN4775-4784 Technique. Practical journalism
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 22 Sep 2021 08:02
Last Modified: 22 Sep 2021 08:02
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30419

Actions (login required)

View Item View Item