Faktor-faktor kritikal yang mempengaruhi kadar kemalangan di sektor pembinaan: satu tinjauan literatur

Noor Syakirah Zakaria and Mohd Firdaus Mazulkepli (2021) Faktor-faktor kritikal yang mempengaruhi kadar kemalangan di sektor pembinaan: satu tinjauan literatur. Jurnal Komunikasi Borneo (JKoB), 9. pp. 94-103. ISSN 2289-859X

[img] Text
Faktor-faktor kritikal yang mempengaruhi kadar kemalangan di sektor pembinaan.pdf

Download (38kB)
[img] Text
Faktor-faktor kritikal yang mempengaruhi kadar kemalangan di sektor pembinaan1.pdf
Restricted to Registered users only

Download (255kB)

Abstract

Sektor pembinaan merupakan sektor yang menyumbang kepada pembangunan ekonomi sesebuah negara seperti menyediakan peluang pekerjaan serta perniagaan dalam kalangan masyarakat setempat. Walau bagaimanapun sektor pembinaan juga tidak terkecuali mencatatkan kadar kemalangan yang tinggi di tempat kerja. Berdasarkan laporan dan kajiankajian lepas, sektor pembinaan merupakan salah satu sektor yang paling tinggi mencatatkan kadar kemalangan di seluruh dunia. Kemalangan yang sering berlaku di sektor pembinaan melibatkan pelbagai jenis kecederaan sehinggakan menyebabkan kematian. Situasi ini memberikan implikasi negatif bukan sahaja kepada pekerja tetapi juga pihak organisasi. Motivasi pekerja serta prestasi pekerja akan terjejas sekiranya kadar kemalangan yang tinggi dicatatkan di tempat kerja. Manakala, pihak organisasi pula berdepan dengan implikasi kewangan untuk membayar pampasan serta nama baik organisasi terjejas ekoran kemalangan. Oleh itu, artikel ini bertujuan untuk meninjau dan menganalisis kajian-kajian lepas berkenaan dengan faktor-faktor yang mempengaruhi kadar kemalangan di tempat kerja di sektor pembinaan. Pemahaman terhadap faktor-faktor ini dapat membantu semua pihak berkepentingan termasuklah pekerja, majikan, pihak pengurusan, organisasi, kontraktor, subkontraktor serta pihak-pihak lain yang berkepentingan untuk memahami lagi mengenai faktorfaktor yang boleh mempengaruhi kemalangan di sektor pembinaan.Hasil penelitian terhadap kajian-kajian lepas menunjukkan terdapat empat faktor utama yang mempengaruhi kemalangan di tempat kerja iaitu faktor kepimpinan,faktor pengurusan dan organisasi,faktor pekerja dan faktor sumber. Berdasarkan dapatan tersebut, maka semua pihak perlu bergandingan untuk memastikan tempat kerja di sektor pembinaan akan lebih selamat dan kondusif untuk semua pihak.

Item Type: Article
Keyword: Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan , Sektor pembinaan
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28-9999 Industries. Land use. Labor > HD28-70 Management. Industrial management
T Technology > T Technology (General) > T1-995 Technology (General) > T11.95-12.5 Industrial directories > T55-55.3 Industrial safety. Industrial accident prevention
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 22 Sep 2021 08:04
Last Modified: 22 Sep 2021 08:04
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30422

Actions (login required)

View Item View Item