Model kewartawanan yang ideal untuk konteks malaysia – mengimbangi ilmu kewartawanan barat dengan kewartawanan islam

Lee, Kuok Tiung and Siti Suriani Othman and Liana Mat Nayan (2020) Model kewartawanan yang ideal untuk konteks malaysia – mengimbangi ilmu kewartawanan barat dengan kewartawanan islam. Jurnal Komunikasi Borneo (JKoB), 8. pp. 38-53. ISSN 2289-859X

[img] Text
Model kewartawanan yang ideal untuk konteks malaysia .pdf

Download (41kB)
[img] Text
Model kewartawanan yang ideal untuk konteks malaysia1.pdf
Restricted to Registered users only

Download (296kB)

Abstract

Makalah ini bertujuan membincangkan sebuah rangka teoritikal berkaitan model kewartawanan yang ideal sesuai dengan konteks Malaysia yang unik sebagai sebuah negara sekular. Ini penting mengambilkira Malaysia sebagai sebuah negara membangun yang rakykatnya terdiri daripada masyarakat pluralistik yang berbilang kaum dan agama. Tiga tekanan paling besar yang terpaksa dihadapi kewartawanan di Malaysia ialah penularan fenomena globalisasi, kemunculan mendadak portal-portal berita alternatif menerusi Internet dalam mediaskap baharu Malaysia, dan hegemoni media Barat. Asas kepada perbincangan ini diambil daripada idea-idea model kewartawanan yang dikemukakan oleh sarjana-sarjana seperti Siebert et al. (1956), Rugh (1987), H.M. Tuah Iskandar (1990), Skjerdal (2008), Mowlana (1996), Elliot (2002), Eickelman dan Anderson (2003), Khiabany (2003), Mellor (2005), Berenger (2005), Seeram (2006), Iskandar (2007), dan beberapa lagi sarjana kewartawanan yang membincangkan tentang model kewartawanan. Premis model kewartawanan Barat pada asasnya berteraskan kepada kebebasan dan berorientasikan keuntungan manakala asas kepada kewartawanan Islam berpandukan kepada prinsip-prinsip Islam dan penekanan pandangan-pandangan Islam tentang peranan media seperti menyeru kepada kebaikan, membuat makruf, menghindar yang mungkar, dan seruan media menjadi muraqqib serta muhasabah kepada kerajaan. Melalui perbandingan kedua-dua model, analisis ini cuba mencadangkan sebuah model kewartawanan yang ideal sesuai dengan realiti konteks Malaysia yang penting mengambilkira pertimbangan meminimakan tekanan-tekanan pasaran, pihak yang berkepentingan, selain memastikan tiada mana-mana pihak dalam masyarakat pluralistik Malaysia yang dipinggirkan mahupun tertindas oleh apa yang disarankan.

Item Type: Article
Keyword: Model kewartawanan , Demokrasi , Masyarakat pluralistik , Kebebasan bersuara , Kebebasan akhbar , Kewartawanan , Penapisan kendiri
Subjects: P Language and Literature > PN Literature (General) > PN1-6790 Literature (General) > PN4699-5650 Journalism. The periodical press, etc. > PN4775-4784 Technique. Practical journalism
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 22 Sep 2021 08:07
Last Modified: 22 Sep 2021 08:07
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30424

Actions (login required)

View Item View Item