Tahap pengetahuan penduduk terhadap program gerakan desa wawasan yang dilaksanakan di Kg Berundong Papar, Sabah

Nur Shaslinda Abdul Kadir and Ubong Imang (2019) Tahap pengetahuan penduduk terhadap program gerakan desa wawasan yang dilaksanakan di Kg Berundong Papar, Sabah.

[img] Text
Tahap pengetahuan penduduk terhadap program gerakan desa wawasan yang dilaksanakan di Kg Berundong Papar, Sabah-Abstract.pdf

Download (61kB)
[img] Text
Tahap Pengetahuan Penduduk Terhadap Program Gerakan Desa.pdf
Restricted to Registered users only

Download (167kB) | Request a copy

Abstract

Penglibatan penduduk dalam program pembangunan luar bandar yang dilaksanakan lazimnya mempunyai hubungkait dengan tahap pengetahuan penduduk terhadap pelaksanaan program yang diwujudkan. Maka artikel ini bertujuan mengenal pasti tahap pengetahuan penduduk yang terlibat dengan program Gerakan Desa Wawasan (GDW) di kawasan luar bandar dengan mengambil Kg Berundong Papar sebagai kawasan kajian. Aspek pengetahuan penduduk berkaitan pelaksanaan program GDW yang dikaji melibatkan maklumat umum tentang program GDW dan komponen program yang dilaksanakan di bawah program GDW. Kajian ini dijalankan melibatkan 66 Ketua Isi Rumah. Maklumat kajian dikumpul menggunakan borang soal selidik dan kaedah analisis yang digunakan adalah deskripif dengan menggunakan SPSS. Secara keseluruhannya, kajian menunjukkan majoriti responden mengetahui tentang pelaksanaan program GDW. Walaubagaimanapun tahap pengetahuan penduduk berkaitan matlamat pelaksanaan program GDW lebih tertumpu dalam aspek menarik jika dibandingkan dengan tiga penekanan dalam matlamat program GDW dalam menjadikan kampung maju, menarik dan menguntungkan. Menyebabkan kefahaman responden berkaitan komponen program yang dilaksanakan di bawah program GDW lebih tertumpu dalam program keceriaan kampung. Oleh yang demikian berdasarkan penemuan kajian ini, menunjukkan adalah penting dalam memastikan maklumat pelaksanaan sesuatu program yang hendak dilaksanakan sampai kepada penduduk setempat sebelum dilaksanakan, bagi memastikan objektif pelaksanaan program yang diwujudkan seiring dengan pengetahuan penduduk terhadap kewujudan sebenar program yang dilaksanakan.

Item Type: Proceedings
Keyword: Penglibatan , Pengetahuan , Gerakan Desa Wawasan
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BD Speculative philosophy > BD10-701 Speculative philosophy > BD143-237 Epistemology. Theory of knowledge
H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races > HT51-1595 Communities. Classes. Races > HT51-65 Human settlements. Communities
Department: FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 31 Aug 2021 17:06
Last Modified: 31 Aug 2021 17:06
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30429

Actions (login required)

View Item View Item