Pemilihan peristiwa dalam proses pemberitaan

Liana Mat Nayan and Siti Suriani Othman and Lee, Kuok Tiung (2020) Pemilihan peristiwa dalam proses pemberitaan. Jurnal Komunikasi Borneo (JKoB), 8. pp. 95-105. ISSN 2289-859X

[img] Text
Pemilihan peristiwa dalam proses pemberitaan.pdf

Download (39kB)
[img] Text
Pemilihan peristiwa dalam proses pemberitaan1.pdf
Restricted to Registered users only

Download (300kB)

Abstract

Kajian-kajian berkenaan penghasilan berita menawarkan pelbagai penjelasan tentang mengapa berita boleh bertukar menjadi apa yang dipaparkan (Berkowitz, 1988). Namun begitu, kajian berkenaan persamaan di kalangan wartawan dalam membuat pemilihan berita pula menunjukkan hasil yang tidak konsisten (Kim & Bae, 2006). Kajian teoritikal ini secara amnya membincangkan bagaimana sesuatu peristiwa boleh menjadi berita dengan merujuk kepada beberapa pandangan dan paradigma kewartawanan dengan menggunakan kaedah penaakulan induktif. Apa yang dilakukan sebagai usaha awal ini ialah menelusuri kekuatan dan kelemahan setiap paradigma ilmu kewartawanan di samping pandangan-pandangan yang berbeza akan model kewartawanan yang ideal. Ini penting untuk mengenalpasti kekurangan sedia ada dalam usaha membentuk model pemberitaan yang bersesuaian dengan masyarakat Malaysia. Rumusan kepada hasil analisis ini mendapati nilai-nilai murni yang cuba diketengahkan oleh mana-mana ajaran agama sebenarnya adalah sama iaitu menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran dan nilai-nilai ini sudah sedia ada dalam nilai-nilai berita yang menjadi asas kriteria kepada pemilihan sesuatu peristiwa. Justeru itu, taksonomi nilai-nilai berita yang mula dieksplorasi oleh Galtung dan Ruge (1965) wajar dijadikan sebagai asas permulaan kepada pencarian model kewartawanan yang baharu.

Item Type: Article
Keyword: Pemilihan , Peristiwa , Berita , Paradigma , Model pemberitaan
Subjects: P Language and Literature > PN Literature (General) > PN1-6790 Literature (General) > PN4699-5650 Journalism. The periodical press, etc. > PN4775-4784 Technique. Practical journalism
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 22 Sep 2021 08:12
Last Modified: 22 Sep 2021 08:12
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30432

Actions (login required)

View Item View Item