Pemmali dalam masyarakat Bugis di pantai timur Sabah

Mansur Tanra and Asmiaty Amat and Lokman Abdul Samad (2019) Pemmali dalam masyarakat Bugis di pantai timur Sabah. Jurnal Komunikasi Borneo (JKoB), 7. pp. 29-38. ISSN 2289-859X

[img] Text
Pemmali dalam masyarakat Bugis di pantai timur Sabah.pdf

Download (38kB)
[img] Text
Pemmali dalam masyarakat Bugis di pantai timur Sabah1.pdf
Restricted to Registered users only

Download (240kB)

Abstract

Masyarakat Bugis terkenal sebagai bangsa yang bukan sahaja memelihara warisan budaya dan adat mereka tetapi masih tegar dalam pengamalan dalam pantang larang dan pelaksanaan adat. Perkara ini mempengaruhi pola tingkah laku masayarakat Bugis dalam kehidupan seharian mereka. Pantang-larang atau disebut sebagai pemmali dalam masyarakat Bugis digunakan untuk mengekang seseorang individu dalam masyarakat daripada mengatakan atau melakukan sesuatu perkara yang tidak sesuai dan dianggap tabu. Pemmali bertindak sebagai pendidikan tidak formal untuk membentuk budi pekerti dan melahirkan susunan sosial yang harmoni serta aman. Pemmali memperlihatkan kearifan nenek moyang masa lalu yang dapat menafsirkan kehidupan dengan bijak. Oleh itu, kajian ini bertujuan mendeskripsikan pemmali sebagai satu kaedah pembentuk budi pekerti dan menjelaskan kepentingannya dalam kalangan masyarakat Bugis. Oleh kerana asal usul orang Bugis yang berasal dari Sulawesi, kajian ini juga cuba melihat samada ada pemmali masih diamalkan atau sebaliknya setelah mereka berada di perantauan. Kajian berbentuk deskriptif kualitatif, secara pemerhatian dan temu bual di lapangan memilih 18 orang responden di daerah Tawau, Kunak, Semporna, Lahad Datu, dan Sandakan. Data dianalisi menggunakan teori etnopedagogi bagi mencungkil nilai-nilai budaya, sosial, moral dan etika yang terdapat dalam pemmali. Dapatan kajian menunjukkan bahawa masyarakat Bugis yang terdapat di Pantai Timur Sabah masih lagi kental mengamalkan adat pemmali. Disamping itu, terdapat 5 unsur etnopedagogi didapati dalam pemmali iaitu membentuk budi pekerti, nilai tatatertib, kesopanan, memberi motivasi, dan nilai budaya yang telah menjadi panduan kepada masyarakat Bugis di Pantai Timur Sabah di semua peringkat tidak kira muda atau tua. Mereka memahami bahawa bertingkah laku sopan dan bertutur secara baik ialah asas dalam budaya pemmali yang menjadi landasan untuk mematuhi peraturan dan mengawal hubungan antara satu sama lain dalam masyarakat Bugis.

Item Type: Article
Keyword: Bugis , Pantai Timur Sabah , Budaya , Pemmali , Budi pekerti , Etnopedagogi
Subjects: D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements > DS595-595.2 Ethnography
H Social Sciences > HM Sociology (General) > HM(1)-1281 Sociology > HM621-656 Culture
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 22 Sep 2021 08:14
Last Modified: 22 Sep 2021 08:17
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30433

Actions (login required)

View Item View Item