Lansaran etnik Murut Tahol: permainan atau tarian tradisional?

Toh, Min Min and Low, Kok On (2021) Lansaran etnik Murut Tahol: permainan atau tarian tradisional? Gendang Alam, 11. pp. 143-168. ISSN 2180-1738

[img] Text
Lansaran etnik Murut Tahol_ permainan atau tarian tradisional ABSTRACT.pdf

Download (56kB)
[img] Text
Lansaran etnik Murut Tahol permainan atau tarian tradisional FULL TEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (419kB)

Abstract

Lansaran ialah salah satu persembahan tradisional etnik Murut Tahol yang tinggal di pedalaman Sabah. Kajian ini bertujuan menyelesaikan permasalahan sama ada lansaran ialah sejenis permainan ataupun tarian. Bagi mengumpul data kajian, pengkaji telah menjalankan kerja lapangan di daerah Kota Kinabalu, Tenom dan Nabawan. Kaedah pengumpulan data yang digunakan ialah kaedah temu bual, pemerhatian dan kajian perpustakaan. Analisis yang dilakukan terhadap data kajian adalah berasaskan interpretasi dan perbandingan antara ciri-ciri permainan tradisional dan ciri-ciri tarian. Kajian ini telah menyelesaikan permasalahan dalam kalangan pengkaji tarian, yang tidak pasti sama ada lansaran ialah sejenis permainan ataupun tarian. Hasil analisis mendapati etnik Murut Tahol mempunyai tiga jenis lansaran, iaitu pada asalnya lansaran ialah sejenis permainan kanak-kanak. Pada zaman mengayau pula, lansaran ialah sejenis tarian ritual. Akhir sekali, lansaran jenis olahan didapati adalah sejenis tarian sekular.

Item Type: Article
Keyword: Etnik Murut Tahol , Lansaran , Permainan tradisional , Tarian ritual , Tarian olahan
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GV Recreation Leisure > GV1-1860 Recreation. Leisure > GV1580-1799.4 Dancing
Department: FACULTY > Academy of Arts and Creative Technology
Depositing User: SAFRUDIN BIN DARUN -
Date Deposited: 20 Sep 2021 15:59
Last Modified: 20 Sep 2021 15:59
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30504

Actions (login required)

View Item View Item