Penggunaan data Cinemetric sebagai satu penemuan signifikasi makna subteks dalam kajian filem

M Fazmi Hisham (2021) Penggunaan data Cinemetric sebagai satu penemuan signifikasi makna subteks dalam kajian filem. Gendang Alam, 11. pp. 83-103. ISSN 2180-1738

[img] Text
Penggunaan data Cinemetric sebagai satu penemuan signifikasi makna subteks dalam kajian filem.pdf

Download (39kB)
[img] Text
Penggunaan data Cinemetric sebagai satu penemuan signifikasi makna subteks dalam kajian filem1.pdf
Restricted to Registered users only

Download (5MB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini memberi fokus kepada objek formal iaitu disebut sebagai sinematik dan sistem tanda. Filem Lelaki Harapan Dunia (LHD, 2014) merupakan material teks filem yang menyelusuri pengalaman subjektif manusia dan takrifan mereka terhadap dunia khususnya dalam dunia ruang komposisi filem (memahami cara, pandangan atau perspektif dunia melalui pandangan orang lain) menjadi asas utama kajian. Dalam konteks kajian ini, teori Miles dan Huberman, dan aplikasi perisian Cinemetrics digunakan dengan pendekatan data rubrik yang kemudiannya sebagai verifikasi data keseluruhannya untuk paparan data yang lebih tersusun. Teori Semiotik Roland Barthes digunakan terhadap teks filem dan penelitian akan bertumpu bagaimana pembinaan unsur sinematik menghasilkan makna subteks. Kajian ini melihat kepada aspek teknikal gerak kerja kamera sebagai penelitian utama dalam memahami sistem tanda dan makna menerusi perisian Cinemetrics. Subteks yang signifikan ini diperoleh daripada sistem tanda semiotik yang lebih spesifik iaitu denotasi, konotasi dan mitos. Fokus analisis adegan dan unsur sinematik yang benar-benar dominan sahaja dilakukan yang merangkumi perbincangan gerak kerja kamera adegan 16 dan 64. Hasil penelitian terhadap teks filem, ia berfungsi sebagai ideational yang menerangkan hubungan antara actants (pelakon) memainkan peranan mereka dalam filem, keduanya berfungsi sebagai interpersonal yang mengangkat pemikiran pengarah seperti yang disampaikan dan ketiga berfungsi sebagai textual yang membawa maksud mesej disampaikan secara tersirat.

Item Type: Article
Keyword: Cinemetric , Gerak Kerja Kamera , Subteks , Tanda , Syot , Denotasi , Konotasi
Subjects: P Language and Literature > PN Literature (General) > PN1-6790 Literature (General) > PN1600-3307 Drama > PN1660-1693 Technique of dramatic composition
P Language and Literature > PN Literature (General) > PN1-6790 Literature (General) > PN1600-3307 Drama > PN1993-1999 Motion pictures > PN1997-1997.85 Plays, scenarios, etc.
Department: FACULTY > Academy of Arts and Creative Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 17 Oct 2021 07:43
Last Modified: 17 Oct 2021 07:43
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30533

Actions (login required)

View Item View Item