Komposisi tari melayu dalam filem P. Ramlee Sumpah Orang Minyak (1958): analisis terhadap tarian Tudung Periuk

Sharip Zainal Sagkif Shek and Zairul Anuar Md. Dawam (2020) Komposisi tari melayu dalam filem P. Ramlee Sumpah Orang Minyak (1958): analisis terhadap tarian Tudung Periuk. Gendang Alam, 10. pp. 19-34. ISSN 2180-1738

[img] Text
Komposisi tari melayu dalam filem P. Ramlee Sumpah Orang Minyak .pdf

Download (40kB)
[img] Text
Komposisi tari melayu dalam filem P. Ramlee Sumpah Orang Minyak 1.pdf
Restricted to Registered users only

Download (1MB)

Abstract

Artikel ini menganalisis komposisi tari Melayu dalam filem P. Ramlee, iaitu Sumpah Orang Minyak (1958). Perbincangan terhadap Tari Tudung Periuk dalam filem ini dilakukan berdasarkan analisis komposisi tari yang meliputi tema, gerak tari, pola lantai, penggunaan muzik dan kostum serta props. Analisisk tema atau pokok persoalan yang cuba dipaparkan melalui makna gerak tari dan pola lantai yang dipersembahkan telah dilakukan. Ia bertujuan melihat sama ada gerak dan pola lantai yang digunakan bersesuaian dengan tema yang cuba disampaikan melalui filem tersebut. Selain itu, analisis juga akan meliputi penggunaan muzik, lagu dan kostum serta props yang digunakan oleh penari, sama ada memenuhi ciri-ciri sebuah tari Melayu yang mempunyai unsur budaya dan tradisi Melayu. Analisis ini juga akan dihubung kait dengan tujuan adegan yang dipaparkan dalam filem tersebut. Kajian ini mendapati tema yang cuba disampaikan melalui gerak tari dan pola lantai dalam dua buah tarian tersebut bersesuaian dengan tujuan adegan yang cuba dipaparkan dalam filem. Malah, pola lantai, penggunaan muzik, lagu dan kostum serta props dalam tarian tersebut memenuhi ciri-ciri komposisi sebuah tari Melayu yang mempunyai unsur budaya dan tradisi Melayu. Analisis komposisi tari tarian Melayu dalam filem P. Ramlee ini diharap dapat dijadikan panduan kepada penggiat seni tanah air, para pelajar tari, koreografer dan penulis untuk mengkaji dan menghasilkan tari yang mempunyai ciri-ciri budaya dan tradisi Melayu dari aspek tema, gerak tari, pola lantai, penggunaan muzik dan lain-lain lagi.

Item Type: Article
Keyword: Komposisi tari , Tari Melayu , Filem Melayu , Tari dalam filem
Subjects: D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements
G Geography. Anthropology. Recreation > GV Recreation Leisure > GV1-1860 Recreation. Leisure > GV1580-1799.4 Dancing
Department: FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 18 Oct 2021 19:49
Last Modified: 18 Oct 2021 19:49
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30551

Actions (login required)

View Item View Item