Kajian terhadap perkembangan pelukis tempatan: Sylvester Wielding Jussem

Junior Kimwah and Baharuddin Mohd Arus (2017) Kajian terhadap perkembangan pelukis tempatan: Sylvester Wielding Jussem. Gendang Alam, 7. pp. 53-72. ISSN 2180-1738

[img] Text
Kajian terhadap perkembangan pelukis tempatan.pdf

Download (39kB)
[img] Text
Kajian terhadap perkembangan pelukis tempatan1.pdf
Restricted to Registered users only

Download (2MB)

Abstract

Penyelidikan ini merupakan kajian terhadap karya catan yang telah dihasilkan oleh pelukis Sarawak iaitu Sylvester Wielding anak Jussem. Pelukis yang lebih dikenali sebagai Sylvester Jussem ini ialah pensyarah di Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Beliau telah menceburi bidang seni lukis dari usia muda dan masih aktif dalam menghasilkan karya seni sehingga kini. Catannya yang bercirikan abstrak ekspresionisme merupakan identiti beliau dalam industri seni khususnya di bumi Sarawak sendiri. Ekoran karyanya yang bersifat abstrak dan dinamik, penulis memilih beliau dan beberapa karyanya untuk dijadikan sebagai bahan penyelidikan. Apa yang ingin dikupas dalam karya beliau, iaitu isu tema dan makna yang tersembunyi dalam setiap coretan ilham di atas kanvas. Namun, tunjang kepada penyelidikan ini adalah untuk mengenal pasti elemen formalistik dan imej yang diselitkan oleh Sylvester Jussem dalam setiap karyanya. Satu kaedah analisis formal dipraktikkan dan diguna pakai dalam mengenal pasti elemen formalistik dan imej. Setiap karya yang terpilih akan dikupas dan dikenal pasti dengan teliti mengikut struktur analisis formal yang telah diperkenalkan oleh Edmund Burke Feldman. Justeru, penyelidikan ini akan merungkai elemen formal seni dan imej di samping pendedahan makna ikon dalam karya yang dihasilkan oleh Sylvester Jussem.

Item Type: Article
Keyword: Analisis formalistik , Unsur seni , Prinsip rekaan , Bentuk , Makna
Subjects: D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements > DS597.22-599 Local history and description > DS597.36-597.39 Sarawak
N Fine Arts > ND Painting > ND25-3416 Painting
Department: FACULTY > Academy of Arts and Creative Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 22 Oct 2021 14:40
Last Modified: 22 Oct 2021 14:40
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30587

Actions (login required)

View Item View Item