Penggunaan tumbuh-tumbuhan dalam pengubatan tradisional etnik Murut Tahol di Sabah: penelitian terhadap unsur kearifan tempatan

Normadiah Nassir and Low, Kok On (2015) Penggunaan tumbuh-tumbuhan dalam pengubatan tradisional etnik Murut Tahol di Sabah: penelitian terhadap unsur kearifan tempatan. Gendang Alam, 5. pp. 87-106. ISSN 2180-1738

[img] Text
Penggunaan tumbuh-tumbuhan dalam pengubatan tradisional etnik Murut Tahol di Sabah.pdf

Download (37kB)
[img] Text
Penggunaan tumbuh-tumbuhan dalam pengubatan tradisional etnik Murut Tahol di Sabah1.pdf
Restricted to Registered users only

Download (882kB)

Abstract

Etnik Murut Tahol yang tinggal di pedalaman Sabah memiliki kaedah pengubatan tradisional mereka yang tersendiri. Kaedah pengubatan etnik ini disebarkan secara lisan dalam kalangan anggota masyarakatnya. Kajian ini berasaskan kerja lapangan di beberapa buah kampung di sekitar Daerah Kecil Kemabong, Tenom. Dalam kajian ini, tumpuan pengkaji adalah terhadap penggunaan tumbuh-tumbuhan yang diamalkan oleh etnik Murut tahol bagi mengubati beberapa jenis penyakit fizikal. Seterusnya, unsur-unsur kearifan tempatan yang berkait dengan pengubatan tradisional etnik Murut Tahol turut dibincangkan. Dalam kajian ini, sebanyak 32 jenis tumbuh-tumbuhan yang berguna sebagai ubat-ubatan oleh etnik Murut Tahol telah berjaya didokumentasikan. Seterusnya, tumbuh-tumbuhan tersebut dikategorikan mengikut bahagian-bahagian tertentu seperti daun, batang, pucuk, kulit, buah dan akar yang berguna sebagai ubat-ubatan. Selain daripada itu, kajian ini mendapati bahawa etnik Murut Tahol turut memiliki beberapa unsur kearifan tempatan berhubung pengubatan tradisional seperti memiliki pengetahuan tentang kaedah mengenal pasti tumbuh-tumbuhan yang berguna sebagai ubat-ubatan; kaedah penyediaan tumbuh-tumbuhan yang mudah serta mempunyai pengetahuan tersendiri dalam memahami dan mentafsir maksud mimpi dan sasampui (mantera). Kebijaksanaan etnik Murut Tahol dalam mengenal pasti jenis tumbuh-tumbuhan yang sesuai dijadikan ubat berserta kaedah penyediaan ubat-ubatan yang ringkas telah menonjolkan kearifan yang ada pada etnik Murut Tahol sejak turun-temurun.

Item Type: Article
Keyword: Murut Tahol , Pengubatan tradisional , Tumbuhan , Penyakit ringan , Kearifan tempatan
Subjects: D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements > DS597.22-599 Local history and description > DS597.33-597.34 Sabah. British North Borneo
R Medicine > RV Botanic, Thomsonian, and eclectic medicine > RV1-431 Botanic, Thomsonian, and eclectic medicine
Department: FACULTY > Academy of Arts and Creative Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 22 Oct 2021 16:25
Last Modified: 22 Oct 2021 16:25
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30598

Actions (login required)

View Item View Item