Pengurusan sisa pejal bandar: penelitian ke atas kerjasama swasta dan awam di Kuching, Sarawak

Ethel Sebastian Daraup and Mohammad Tahir Mapa and Abdul Hair Beddu Asis and Fionna George and Molia Sebi Anak Dinggai (2020) Pengurusan sisa pejal bandar: penelitian ke atas kerjasama swasta dan awam di Kuching, Sarawak. Jurnal Kinabalu, 26. pp. 63-80. ISSN 2600-867X

[img] Text
Pengurusan sisa pejal bandar.pdf

Download (40kB)
[img] Text
Pengurusan sisa pejal bandar1.pdf
Restricted to Registered users only

Download (894kB)

Abstract

Isu pengurusan sisa pepejal yang tidak efisien merupakan antara kekangan yang dihadapi di negara-negara membangun termasuk Malaysia. Lebih kurang 37, 890 tan sisa dihasilkan setiap hari di Malaysia iaitu setiap individu menghasilkan sekurang-kurangnya 1.17-kilogram sisa. Jumlah tersebut akan terus meningkat seiring dengan peningkatan populasi penduduk terutamanya di kawasan bandar. Antara langkah alternatif yang diambil bagi menghadapi masalah tersebut adalah dengan menggalakkan penglibatan syarikat swasta dalam pengurusan sisa pepejal. Objektif pertama kajian ini adalah untuk mengenal pasti tanggungjawab dan peranan pihak swasta dan awam dalam pengurusan sisa pepejal di Taman Kopodim dan Taman Dahlia, Kuching. Objektif kedua kajian ini adalah untuk menilai persepsi penduduk di taman perumahan tentang kualiti perkhidmatan penglibatan syarikat swasta dalam pengurusan sisa pepejal. Kaedah kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah kaedah tinjauan dan temu bual. Bilangan sampel dalam kajian ini adalah seramai 100 orang responden. Dapatan menunjukkan bahawa pengurusan sisa pepejal di Bandaraya Kuching, Sarawak khususnya di kawasan kajian (Taman Kopodim dan Taman Dahlia) adalah di bawah tanggungjawab Syarikat Trieneken yang dilantik oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di bawah perjanjian konsesi. Selain itu, persepsi penduduk terhadap kualiti pengurusan sisa pepejal yang disediakan oleh Syarikat Trieneken adalah pada tahap sederhana dan memuaskan. Kajian berkenaan penglibatan syarikat swasta dalam pengurusan sisa pepejal masih kurang dilakukan terutamanya di Malaysia. Oleh itu, hasil dapatan artikel ini mampu memberi pandangan luas terhadap penglibatan syarikat swasta dalam pengurusan sisa pepejal terutamanya di negara-negara membangun seperti Malaysia.

Item Type: Article
Keyword: Isu pengurusan sisa , Negara membangun , Penglibatan syarikat swasta , Peningkatan populasi penduduk,
Subjects: T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering > TD1-1066 Environmental technology. Sanitary engineering > TD783-812.5 Municipal refuse. Solid wastes
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 25 Oct 2021 18:39
Last Modified: 25 Oct 2021 18:39
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30600

Actions (login required)

View Item View Item