Pengaruh monsun terhadap bahaya banjir: kajian kes dataran banjir Beaufort, Sabah

Adi Jafar and Nordin Sakke and Mohammad Tahir Mapa and Azali Saudi and Diana Hassan and Fionna George (2020) Pengaruh monsun terhadap bahaya banjir: kajian kes dataran banjir Beaufort, Sabah. Jurnal Kinabalu, 26. pp. 165-182. ISSN 2600-867X

[img] Text
Pengaruh monsun terhadap bahaya banjir.pdf

Download (42kB)
[img] Text
Pengaruh monsun terhadap bahaya banjir1.pdf
Restricted to Registered users only

Download (636kB)

Abstract

Jumlah hujan yang tinggi merupakan salah satu penyebab kejadian banjir. Intensiti atau jumlah hujan di satu-satu kawasan pula dipengaruhi oleh fenomena musim monsun. Pantai timur Semenanjung misalnya mempunyai purata jumlah hujan yang tinggi ketika musim monsun timur laut. Keadaan ini menyebabkan berlakunya peningkatan terhadap tahap bahaya banjir ketika musim tersebut di pantai timur Semenanjung. Daerah Beaufort merupakan salah satu kawasan hot spot banjir di Sabah. Oleh itu, kajian ini ingin mengenal pasti sama ada kejadian banjir yang berlaku di daerah Beaufort juga dipengaruhi oleh fenomena monsun. Justeru, data hidrologi yang diperoleh dari Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah diintegrasikan bersama data pengukuran tikas di kawasan kajian bagi menentukan ciri-ciri banjir sepanjang tempoh sepuluh tahun (2009–2018). Data dianalisis menggunakan perisian Anaconda Python versi 3.7 melalui aplikasi Pandas. Melalui analisis tersebut, ciri-ciri banjir seperti aras kedalaman, tempoh masa kejadian dan kekerapan banjir diperoleh. Kajian ini mendapati tahap bahaya banjir di daerah Beaufort adalah lebih dominan pada musim monsun timur laut berbanding monsun barat daya. Walhal, purata jumlah hujan didapati lebih tinggi pada musim monsun barat daya. Ia menunjukkan tahap bahaya banjir di daerah Beaufort tidak dipengaruhi sepenuhnya oleh fenomena angin monsun.

Item Type: Article
Keyword: Banjir , Nonsun , Monsun timur laut , Monsun barat daya , Dataran banjir Beaufort
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GB Physical geography > GB3-5030 Physical geography > GB651-2998 Hydrology. Water > GB980-2998 Ground and surface waters > GB1201-1598 Rivers. Stream measurements
G Geography. Anthropology. Recreation > GB Physical geography > GB3-5030 Physical geography > GB5000-5030 Natural disasters
Q Science > QC Physics > QC1-999 Physics > QC851-999 Meteorology. Climatology Including the earth's atmosphere
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 25 Oct 2021 18:47
Last Modified: 25 Oct 2021 18:47
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30602

Actions (login required)

View Item View Item