Aksesibiliti bekalan air terawat dan cabaran sekuriti air di Pulau Sebatik, Malaysia

Amirah Abdin and Nordin Sakke and Adi Jafar (2021) Aksesibiliti bekalan air terawat dan cabaran sekuriti air di Pulau Sebatik, Malaysia. MANU, 32. pp. 19-49. ISSN 2590-4086

[img] Text
Aksesibiliti bekalan air terawat dan cabaran sekuriti air di Pulau Sebatik, Malaysia.pdf

Download (41kB)
[img] Text
Aksesibiliti bekalan air terawat dan cabaran sekuriti air di Pulau Sebatik, Malaysia1.pdf
Restricted to Registered users only

Download (1MB)

Abstract

Akses terhadap sumber air merupakan satu keperluan bagi setiap manusia. Bekalan air bersih terawat menjadi agenda penting negara seperti yang dinyatakan dalam Dasar Sumber Air Negara (2012). Pulau Sebatik yang dimiliki oleh Malaysia telah memiliki sistem bekalan air paip tersendiri yang diperoleh daripada Loji Rawatan Air (LRA) Wallace Bay yang terletak di bahagian barat. Walaupun jaringan paip telah meliputi sehingga Rancangan Bergosong yang terletak di bahagian tengah pulau, tetapi masyarakat masih tidak mendapat bekalan air yang mampan. Oleh itu, kajian ini cuba melihat tahap sekuriti air dalam konteks capaian bekalan air terawat di Pulau Sebatik. Bagi mencapai objektif kajian, soal selidik dan temu bual telah dijalankan. Data-data soal selidik dianalisis menggunakan analisis jadual silang dalam Microsoft Excel. Di samping itu, sumber temu bual digunakan untuk menyokong dapatan soal selidik melalui analisis kata demi kata berpandukan kolektif memori responden. Umumnya, kemampuan masyarakat untuk menikmati bekalan air paip yang efisien di pulau ini masih berada pada tahap yang rendah. Penduduk sering menghadapi catuan bekalan air, terutama di kawasan jauh daripada LRA seperti Kampung Sungai Tongkang (76.5 peratus) dan Kampung Bergosong (78.0 peratus), berbanding Kampung Wallace Bay (28.4 peratus) yang terletak dekat dengan LRA. Lebih 50 peratus penduduk yang menghadapi catuan sering menghadapi masalah bekalan air antara tiga hingga lima hari dalam seminggu. Selain catuan, penduduk Sebatik tidak selesa dengan tahap kualiti air, iaitu lebih 50 peratus berpendapat air paip terasa klorin (54.7 peratus), payau (3.1 peratus) dan kadang-kadang keruh (21.1 peratus). Lantaran itu, para penduduk terpaksa bergantung dengan air hujan dan telaga sebagai alternatif untuk kegunaan harian utama. Dapatan ini diharapkan menjadi panduan kepada masyarakat di kawasan lain agar mampu memberikan reaksi dengan masalah bekalan air agar berupaya beradaptasi dengan masalah yang dihadapi.

Item Type: Article
Keyword: Pulau Sebatik , Sumber air , Bekalan air paip , Sekuriti air
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GE Environmental Sciences > GE1-350 Environmental sciences > GE300-350 Environmental management
T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering > TD1-1066 Environmental technology. Sanitary engineering > TD201-500 Water supply for domestic and industrial purposes
Department: FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 25 Oct 2021 19:31
Last Modified: 25 Oct 2021 19:31
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30612

Actions (login required)

View Item View Item