Penghasilan produk makanan daripada rumpai laut tempatan (kappaphycus alvarezii) - sos cili rumpai laut

Chin, Boon Wei (2009) Penghasilan produk makanan daripada rumpai laut tempatan (kappaphycus alvarezii) - sos cili rumpai laut. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000147.pdf

Download (8MB) | Preview

Abstract

Kajian ini adalah bertujuan untuk pembangunan produk sos cili rumpai laut Kappaphycus alvarezii dalam usaha untuk mempelbagaikan variasi produk sos cili di pasaran tempatan berasaskan rumpai laut Kappaphycus alvarezii tempatan negeri Sabah. Kajian ini juga mengkaji kualiti sos cili rumpai laut yang dihasilkan dengan ujian sensori, proksimat, fizikokimia, dan mikrobiologi serta mengkaji tahap penerimaan pengguna dan potensi terhadap sos cili rumpai laut yang dihasilkan melalui ujian pasaran. Keputusan daripada analisis ANOVA satu hala, formulasi F2 yang mengandungi gula 26%, bawang putih 1.5%, garam 2.5%, natrium benzoat 0.07%, cuka 1%, cili 5%, rumpai laut 4% dan air sebanyak 59.93% adalah formulasi yang dipilih dimana menunjukkan perbezaan signifikan (p > 0.05) dari segi atribut aroma, warna, kepedasan, kelicinan, dan penerimaan keseluruhan. Keputusan analisis proksimat menunjukkan formulasi F2 mengandungi kandungan kelembapan 62.38%±0.21, protein 1.51 %±0.02, lemak 0.22%±0.01, abu 1.87%±0.Os, serabut kasar 0.s2%±0.04, dan karbohidrat 33.s%±0.26. HasH ujian fizikokimia yang dijalankan ke atas formulasi 2 ialah nilai viskositi 748cP, nilai pH 4.02, dan jumlah pepejal terlarut 27obrix. Keputusan ujian mikrobiologi menunjukkan produk akhir selamat dimakan untuk tempoh satu bulan. Ujian perbandingan berganda telah dijalankan pada setiap minggu selama satu bulan tidak menunjukkan perbezaan signifikan (p > 0.05) dari segi atribut warna, kepedasan, kelicinan dan penerimaan keseluruhan. Penilaian ujian pemasaran menunjukkan bahawa sos cili rumpai laut mempunyai potensi beli sebanyak 75 daripada 100 responden akan beli produk ini sekiranya berada di pasaran daripada 100 responden.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Chili sauce, Seaweed, Kappaphycus alvarezii
Subjects: T Technology > TP Chemical technology > TP1-1185 Chemical technology > Food processing and manufacture
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 10 Jun 2011 08:23
Last Modified: 19 Oct 2017 12:02
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/3062

Actions (login required)

View Item View Item