Kesejahteraan hidup dalam kalangan gelandangan

Muhammad Faheem Mohd Dahlan and Muhammad Idris Bullare @ Bahari (2017) Kesejahteraan hidup dalam kalangan gelandangan. Jurnal Psikologi dan Kesihatan Sosial (JPsiKS), 1. pp. 53-62. ISSN 2600-7819

[img] Text
Kesejahteraan hidup dalam kalangan gelandangan.pdf

Download (37kB)
[img] Text
Kesejahteraan hidup dalam kalangan gelandangan1.pdf
Restricted to Registered users only

Download (248kB)

Abstract

Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk meneroka main concern dalam kalangan gelandangan yang tinggal di sekitar Bandaraya Kuala Lumpur. Seramai tujuh orang gelandangan yang berumur antara 33 tahun hingga 64 tahun dipilih menjadi peserta kajian. Pengkaji menggunakan teknik temu bual bagi mendapatkan data secara kualitatif. Protokol telah dibina berdasarkan isu yang telah dihadapi oleh golongan gelandangan. Tempoh masa pelaksanaan temu bual antara satu jam hingga dua jam. Data dianalisis menggunakan kaedah analisis tematik. Kajian mendapati main concern gelandangan adalah kesejahteraan. Terdapat tiga aspek kesejahteraan, iaitu kualiti hidup, emosi dan kebahagiaan. Selain itu, kajian mendapati terdapat tiga faktor yang mempunyai kaitan dengan kesejahteraan gelandangan, iaitu kesihatan fizikal, tekanan hidup dan penerimaan. Sementara itu tiga cabaran yang dihadapi oleh golongan gelandangan ini, iaitu pergantungan, hilang hala tuju dan tempat perlindungan. Akhir sekali, dapatan menunjukkan terdapat empat bentuk sumber sokongan sosial yang diterima oleh golongan gelandangan ini iaitu daripada pihak badan bukan kerajaan, kerajaan, individu dan rakan. Kajian ini diharapkan dapat memberi gambaran awal mengenai isu kesejahteraan dalam kalangan gelandangan. Implikasi dan cadangan kajian turut dibincangkan.

Item Type: Article
Keyword: Kesejahteraan , Gelandangan
Subjects: H Social Sciences > HV Social pathology. Social and public welfare. Criminology > HV1-9960 Social pathology. Social and public welfare. Criminology > HV697-4959 Protection, assistance and relief > HV4480-4630 Mendicancy. Vagabondism. Tramps. Homelessness
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 25 Oct 2021 20:16
Last Modified: 25 Oct 2021 20:16
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30638

Actions (login required)

View Item View Item