Faktor Situasi Keluarga dan Hubungannya dengan Penghargaan Kendiri dalam kalangan Pelajar Bermasalah

Nurul Hudani Md. Nawi and Anuar Din and Puteri Hayati Megat Ahmad (2019) Faktor Situasi Keluarga dan Hubungannya dengan Penghargaan Kendiri dalam kalangan Pelajar Bermasalah. Borneo International Journal of Education (BIJE), 1. pp. 37-56. ISSN 2710-7361

[img] Text
Faktor Situasi Keluarga dan Hubungannya dengan Penghargaan Kendiri dalam kalangan Pelajar Bermasalah.pdf

Download (64kB)
[img] Text
Faktor Situasi Keluarga dan Hubungannya dengan Penghargaan Kendiri dalam kalangan Pelajar Bermasalah1.pdf
Restricted to Registered users only

Download (295kB)

Abstract

Objektif kajian adalah untuk meneliti faktor situasi keluarga (kawalan, keperihatinan sosial, konflik keluarga) dengan penghargaan kendiri dalam kalangan pelajar bermasalah sekolah menengah di Pedalaman Pantai Timur Sabah. Kaedah tinjau selidik telah digunakan dalam kajian ini sebagai reka bentuk kajian dengan menggunakan jenis pensampelan bertujuan. Terdapat 494 orang pelajar terlibat dalam kajian ini iaitu seramai 349 terdiri pelajar lelaki dan seramai 145 adalah pelajar perempuan. Beck Codependence Assessment Scale (BCAS) yang dibangunkan oleh Beck (1991) merupakan instrumen kajian yang digunakan untuk mengukur kebergantungan pelajar manakala alat kajian Rosenberg Self–Esteem (RSE) (Rosenberg, 1965) digunakan bagi mengukur penghargaan kendiri. Data dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package For Social Science (SPSS) - Windows 18.0. Statistik deskriptif dan inferensi digunakan bagi menjawab soalan dan hipotesis kajian. Hasil kajian mempamerkan penghargaan kendiri dalam kalangan pelajar yang bermasalah adalah berada pada tahap sederhana iaitu 69.2%. Di samping itu, hasil ANOVA Sehala menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan bagi penghargaan kendiri berdasarkan pendapatan F (6,487) =2.94, p< 0.05). Hasil kajian juga menunjukkan terdapat korelasi yang signifikan antara faktor situasi keluarga (konflik keluarga) dengan penghargaan kendiri (r = .22, p <0.05). Namun begitu, dapatan kajian juga mendapati tidak terdapat korelasi yang signifikan bagi faktor situasi keluarga (kawalan dan keperihatinan sosial) dengan penghargaan kendiri. Implikasi kajian ini menjelaskan pelajar–pelajar yang bermasalah ini harus diberi perhatian yang lebih serius oleh pihak sekolah terutama dengan menyediakan khidmat bimbingan dan kaunseling berkala supaya mereka mempunyai peluang yang sama dengan pelajar lain dalam membentuk jati diri yang lebih mencerlah.

Item Type: Article
Keyword: Faktor situasi keluarga , Penghargaan kendiri , Pelajar bermasalah
Subjects: H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman > HQ1-2044 The Family. Marriage. Women > HQ503-1064 The family. Marriage. Home
L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB1050.9-1091 Educational psychology
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 25 Oct 2021 20:31
Last Modified: 25 Oct 2021 20:31
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30650

Actions (login required)

View Item View Item