Regulasi Perbankan Luar Pesisir Di Labuan: Satu Sorotan Awal

Ida Shafinaz Mohamed Kamil (2001) Regulasi Perbankan Luar Pesisir Di Labuan: Satu Sorotan Awal. (Unpublished)

[img] Text
Regulasi Perbankan Luar Pesisir Di Labuan 24PAGES.pdf

Download (9MB)
[img] Text
Regulasi Perbankan Luar Pesisir Di Labuan.pdf
Restricted to Registered users only

Download (16MB)

Abstract

Pusat Kewangan Luar Pesisir Antarabangsa Labuan (atau dikenali sebagai Labuan IOFC) merupakan satu pusat integrasi luar pesisir yang memperuntukkan pelbagai rangkaian produk­produk kewangan luar pesisir. Skop perkhidmatan dan produk kewangan luar pesisir yang ditawarkan oleh Pusat Kewangan Luar Pesisir Labuan termasuklah perbankan luar pesisir, perbankan pelaburan luar pesisir, insuran luar pesisir dan aktiviti-aktiviti berkaitan insuran, pengurusan dana dan lain-lain lagi. Operasi perniagaan luar pesisir di Labuan ini dikawal oleh satu set legislasi luar pesisir yang terpisah dan bebas daripada undang-undang yang mengawal aktiviti kewangan dalam pasaran tempatan. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti skop pemakaian dan keberkesanan peruntukan undang-undang luar pesisir yang mengawal operasi perbankan luar pesisir di Labuan. Kajian ini dijalankan dengan membuat penelitian terhadap peruntukan undang-undang berkaitan perbankan luar pesisir menerusi akta utama iaitu Akta Bank Luar Pesisir 1990 (Akta 443) serta akta-akta lain seperti Akta Syarikat Luar Pesisir 1990, Akta lnsuran Luar Pesisir 1990 (Akta 444) dan lain-lain lagi. Adalah diharapkan agar hasil kajian ini dapat memberikan manfaat kepada pihak berkuasa dan penggubal polisi untuk membuat sebarang ubahsuaian yang berkaitan.

Item Type: Research Report
Keyword: Labuan IOFC , Offshore , Offshore financial products
Subjects: H Social Sciences > HG Finance > HG1-9999 Finance > HG4001-4285 Finance management. Business finance. Corporation finance
Department: FACULTY > Faculty of Business, Economics and Accounting
Depositing User: NORAINI LABUK -
Date Deposited: 14 Oct 2021 10:06
Last Modified: 14 Oct 2021 10:06
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30812

Actions (login required)

View Item View Item