Pengaruh sosiobudaya orang asal terhadap tingkah laku penjagaan kesihatan: satu tinjauan literatur

Kelly Jauding and Colonius Atang (2020) Pengaruh sosiobudaya orang asal terhadap tingkah laku penjagaan kesihatan: satu tinjauan literatur. Journal of Borneo Social Transformation Studies (JOBSTS), 6. pp. 103-122. ISSN 2462-2095

[img] Text
Pengaruh sosiobudaya orang asal terhadap tingkah laku penjagaan kesihatan.pdf

Download (39kB)
[img] Text
Pengaruh sosiobudaya orang asal terhadap tingkah laku penjagaan kesihatan1.pdf
Restricted to Registered users only

Download (451kB)

Abstract

Penyelidikan Geografi Kesihatan sebagai subdisiplin dalam Geografi Manusia mula berkembang seiring dengan penggunaan kaedah kualitatif yang semakin popular menjelang tahun 1990-an. Pengkajian Geografi Kesihatan adalah berfokuskan kepada pemberian makna tempat dan pengaruh persekitaran kepada kesihatan. Pendekatan ini berkontradiksi dengan pendekatan Geografi Perubatan yang melihat tempat hanyalah sebagai ‘kanvas’ dimana peristiwa berlaku. Pemberian makna tempat dalam kajian Geografi Kesihatan menunjukkan bahawa tempat bukan hanya dicirikan oleh sifat fizikal malah juga dicirikan oleh sifat sosiobudaya. Justeru, dalam memahami tentang hasil kesihatan disesebuah tempat, ciri budaya turut perlu diambil kira. Oleh itu, dalam artikel ini elemen sosiobudaya yang mempengaruhi tingkah laku orang asal dalam penjagaan kesihatan akan diulas dengan lebih lanjut. Kepercayaan kesihatan dalam kalangan orang asal didapati adalah bersifat kolektif yang meliputi kesihatan fizikal dan mental, hubungan dengan nenek moyang, komuniti dan alam semula jadi. Manakala elemen sosiobudaya yang mempengaruhi tingkah laku penjagaan kesihatan dalam kalangan orang asal adalah pelbagai seperti batasan bahasa, pendidikan, jaringan keselamatan sosial, pengaruh gender dan sebagainya. Elemen sosiobudaya tersebut didapati menyebabkan halangan akses penjagaan kesihatan dalam kalangan orang asal. Maka itu, intervensi yang berkesan dalam mengatasi halangan tersebut perlulah bersifat holistik dan melibatkan pendekatan transdisiplin bagi meningkatkan keyakinan dan penggunaan orang asal terhadap perkhidmatan penjagaan kesihatan.

Item Type: Article
Keyword: Socio-Cultural Elements , Health Geography , Indigenous Peoples , Health Care Behaviors
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GN Anthropology > GN1-890 Anthropology > GN49-298 Physical anthropology. Somatology > GN296-296.5 Medical anthropology
G Geography. Anthropology. Recreation > GN Anthropology > GN1-890 Anthropology > GN301-674 Ethnology. Social and cultural anthropology > GN378-396 Collected ethnographies
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 27 Oct 2021 16:40
Last Modified: 27 Oct 2021 16:40
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30858

Actions (login required)

View Item View Item