Kesesuaian langkah memperkasakan domain bandar berdaya huni di zon black spot jenayah di Sabah

Norcikeyonn Samuni and Nor-Ina Kanyo and Jabil Mapjabil (2021) Kesesuaian langkah memperkasakan domain bandar berdaya huni di zon black spot jenayah di Sabah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, 6. pp. 150-161. ISSN 2504-8562

[img] Text
Ksesuaian langkah memperkasakan domain bandar berdaya huni di zon black spot jenayah di Sabah-ABSTRACT.pdf

Download (100kB)
[img] Text
Ksesuaian langkah memperkasakan domain bandar berdaya huni di zon black spot jenayah di Sabah.pdf
Restricted to Registered users only

Download (381kB) | Request a copy

Abstract

Persoalan pangkal terhadap penyelesaian konflik ruangan perlu dilaksanakan segera antaranya untuk mewujudkan sebuah ruangan bandar yang berdaya huni untuk komuniti. Bagi mencapai matlamat keruangan tersebut, penekanan perlu diambil perhatian terhadap aspek keselamatan, keselesaan dan kesejahteraan ruangan fizikal. Justeru, dalam menyediakan ruangan fizikal seimbang, penelitian pemerkasaan berfokuskan kepada tiga domain bandar berdaya huni perlu dilakukan iaitu domain perumahan, domain ruang awam dan bangunan dan domain pengangkutan dan jalan raya. Makalah ini menjelaskan kesesuaian langkah memperkasakan domain bandar berdaya huni di zon black spot jenayah di Sabah merangkumi lima belas (15) zon black spot jenayah di sekitar Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau. Soal selidik diedarkan kepada 1,152 responden dan data dianalisis melalui SPSS menggunakan kaedah skor min. Penemuan mendapati langkah sesuai yang menjadi pilihan dominan responden bagi domain perumahan adalah melaksanakan aktiviti rondaan dan kawalan keselamatan tidak kira siang atau malam di kawasan perumahan (4.59). Manakala, domain ruang awam dan bangunan pula dengan memastikan pengurusan sisa pepejal adalah sistematik dengan nilai skor min (4.57). Sementara itu, domain pengangkutan dan jalan raya menekankan kekerapan menyelenggarakan jalan raya untuk kegunaan komuniti (4.62). Walau bagaimanapun, hasil analisis mengikut zon adalah berbeza mengikut ruangan dan lokasi. Oleh itu, adalah perlu pihak berwajib mengambil kira dan meneliti maklum balas komuniti dalam ruangan dalam memastikan usaha memperkasakan ruangan bandar berjalan baik.

Item Type: Article
Keyword: Bandar berdaya huni , Domain , Zon black spot jenayah , Komuniti , Sabah
Subjects: H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races > HT51-1595 Communities. Classes. Races > HT101-395 Urban groups. The city. Urban sociology > HT170-178 Urban renewal. Urban redevelopment
H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races > HT51-1595 Communities. Classes. Races > HT51-65 Human settlements. Communities
Department: INSTITUTE > Borneo Institute for Indigenous Studies
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 29 Oct 2021 13:39
Last Modified: 29 Oct 2021 13:39
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30902

Actions (login required)

View Item View Item