Sekatan pergerakan berdepan Covid-19 di Malaysia: satu tinjauan dari perspektif Islam

Mohd Nur Hidayat Hasbollah Hajimin and Pg Mohd Faezul Fikri Ag Omar and Ibnor Azli Ibrahim and Mohd Adi Amzar Muhammad Nawawi and Syamsul Azizul Marinsah (2020) Sekatan pergerakan berdepan Covid-19 di Malaysia: satu tinjauan dari perspektif Islam. AL-MAQĀṢID International Journal of Maqasid Studies and Advanced Islamic Research, 1. pp. 1-17. ISSN 2735-1149

[img] Text
Sekatan pergerakan berdepan Covid-19 di Malaysia_ satu tinjauan dari perspektif Islam_ABSTRACT.pdf

Download (63kB)
[img] Text
Sekatan Pergerakan Berdepan COVID-19 Di Malaysia Satu Tinjauan Dari Perspektif Islam.pdf
Restricted to Registered users only

Download (812kB) | Request a copy

Abstract

Pada awal tahun 2020, dunia dikejutkan dengan penularan wabak pandemik baharu iaitu COVID-19. Setakat 10 April 2020, wabak ini telah menular ke 212 negara termasuk wilayah, menjangkiti 1,521252 orang dan menyebabkan 92,798 kematian. Manakala dalam konteks Malaysia sebanyak 4346 kes positif telah direkodkan, 1,830 discaj dan kematian mencecah 70 orang. Sehingga kini, masih tidak terdapat sebarang vaksin mahupun rawatan khusus bagi menangani wabak ini. Kajian ini bertujuan mengkaji sekatan pergerakan yang diimplementasikan oleh Malaysia dalam berdepan dengan Covid-19 dari sisi pandang Islam. Kajian kualitatif ini dijalankan menggunakan pendekatan analisis kandungan. Data yang diperoleh dianalisis secara deskriptif dan disusun secara tematik. Hasil kajian mengetengahkan bahawa sekatan pergerakan merupakan salah satu langkah yang dianjurkan di dalam Islam ketika menghadapi penularan wabak berbahaya. Malaysia yang turut berdepan dengan wabak ini, telah melaksanakan langkah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah Kawalan Pergerakan Fasa 2 (PKP 2), Perintah Kawalan Pergerakan Fasa 3 (PKP 3) dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang secara tidak langsung selari dengan semangat sekatan pergerakan yang dianjurkan dalam Islam. Sekali gus kajian ini menyokong tindakan pihak kerajaan yang mengenakan sekatan pergerakan sebagai salah satu Prosedur Operasi Standard (SOP)-nya apabila berdepan dengan insiden wabak berbahaya seumpama ini.

Item Type: Article
Keyword: Perintah kawalan pergerakan , Migrasi , Covid-19 , Malaysia , Islam
Subjects: R Medicine > RA Public aspects of medicine > RA1-1270 Public aspects of medicine > RA421-790.95 Public health. Hygiene. Preventive medicine > RA643-645 Disease (Communicable and noninfectious) and public health
Department: CENTRE > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning
Depositing User: SAFRUDIN BIN DARUN -
Date Deposited: 19 Nov 2021 10:19
Last Modified: 19 Nov 2021 10:19
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30965

Actions (login required)

View Item View Item