Mendekonstruksi sejarah dalam novel 1515: Satu penulisan semula daripada perspektif golongan subaltern

Rosma Derak (2014) Mendekonstruksi sejarah dalam novel 1515: Satu penulisan semula daripada perspektif golongan subaltern. MANU: Jurnal Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB), 21. pp. 125-147. ISSN 1511-1989

[img] Text
Mendekonstruksi sejarah dalam novel 1515, Satu penulisan semula daripada perspektif golongan subaltern-ABSTRACT.pdf

Download (61kB)
[img] Text
Mendekonstruksi sejarah dalam novel 1515, Satu penulisan semula daripada perspektif golongan subaltern.pdf
Restricted to Registered users only

Download (521kB) | Request a copy

Abstract

Novel 1515 merupakan karya terbaik yang pernah dihasilkan oleh pengarang prolifik negara, Faisal Tehrani dan novel ini pernah memenangi tempat pertama Hadiah Sastera Kumpulan Utusan pada tahun 2002. Novel ini berbeza daripada novel-novelnya yang lain. Novel ini tampil dengan satu dimensi baharu, iaitu merubah semula sejarah Melaka yang ditawan oleh Portugis pada tahun 1511 yang telah diiktiraf sebagai sejarah yang benar. Justeru, kajian ini akan menggunakan satu kaedah yang muncul dalam kajian subaltern, iaitu kaedah ‘Deconstructing Historiography’ yang telah diperkenalkan oleh Ranajit Guha untuk menulis semula sejarah yang baharu daripada perspektif baharu. ‘Deconstructing Historiography’ atau penulisan semula sejarah merupakan satu strategi golongan yang dijajah atau golongan subaltern untuk tampil menentang hegemoni yang telah dikenakan oleh penjajah terhadap golongan yang dijajah. Hasil daripada kajian, didapati bahawa novel 1515 adalah novel pascakolonial yang mengangkat suara golongan subaltern dengan menjungkirbalikkan semula sejarah Melaka yang dikalahkan oleh Portugis pada tahun 1511. Faisal Tehrani mengubah dan meruntuhkan penulisan sejarah dengan memberi kemenangan kepada Melaka yang berjaya menawan Portugis pada tahun 1515 dengan menggunakan teknik buku sejarah ‘1515’, tesis PhD, teknik nota kaki, teknik mimicry dan menonjolkan watak wanita untuk menentang penjajah.

Item Type: Article
Keyword: Subaltern , Penulisan semula sejarah , Novel 1515 , Faisal Tehrani , Melaka
Subjects: D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements > DS595.8-597.215 History
P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania > PL1-8844 Languages of Eastern Asia, Africa, Oceania > PL5001-7511 Languages of Oceania > PL5001-7101 Austronesian, Papuan, and Australian languages > PL5051-5497 Malayan (Indonesian) languages
Department: CENTRE > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 23 Nov 2021 10:02
Last Modified: 23 Nov 2021 10:02
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31128

Actions (login required)

View Item View Item