Geologi am dan sendimentologi kawansan Tengilan, Sabah

Lee, Pei Ching (2005) Geologi am dan sendimentologi kawansan Tengilan, Sabah. Univerisit Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000175.pdf

Download (7MB) | Preview

Abstract

Kawasan kajian terletak di sebelah Pantai Barat Sabah yang dibatasi oleh garis lintang 06°15'U hingga 06°17'U dan garis bujur 116°19'T hingga 116°21'T dengan keluasan kiri-kira 25 km per segi. Kawasan ini terdiri daripada endapan aluvium Kuaterner dan unit batuan sedimen Tertiar iaitu Formasi Crocker. Di kawasan kajian, Formasi Crocker yang berusia Eosen Lewat hingga Miosen Awal boleh dibahagikan empat unit litologi iaitu Unit batu pasir tebal (Fasies A), Unit selang lapis batu pasir dan syal (Fasies B/C), Unit syal kelabu (Fasies D) dan Unit syal merah (Fasies E). Struktur sedimen seperti laminasi selari, kesan gruf dan kesan beban yang terbentuk sebelum, semasa dan selepas pengendapan banyak ditemui dalam unit selang lapis batu pasir dan syal dan ini banyak menyokong kepada endapan turbidit. Analisis petrografi menunjukkan bahawa punca sedimen mempunyai asalan jenis orogen kitar semula. Analisis arah arus kuno berdasarkan struktur gruf menunjukkan bahawa punca sedimen mempunyai dua arah iaitu U 186° T dan U 0060 T. Analisis asosiasi fasies dan jujukan menegak menunjukkan bahawa Formasi Crocker kawasan kajian merupakan endapan laut dalam yang terbentuk di bahagian kipas tengah. Kajian geologi struktur melalui analisis perlapisan, lineamen, lipatan, sesar dan kekar menunjukkan bahawa daya canggaan yang bertindak di kawasan kajian adalah dari arab Barat Laut- Tenggara.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Tengilan, Sendimentary, Structural geology
Subjects: Q Science > QE Geology > QE1-996.5 Geology > QE1-350.62 General Including geographical divisions
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 29 Jun 2011 12:13
Last Modified: 19 Oct 2017 12:38
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/3113

Actions (login required)

View Item View Item