Ali Syariati: pemikiran dan gagasannya tentang konsep Rausyanfikir

Norfarahani Rosman and Mohd Shaukhi Mohd Radzi (2020) Ali Syariati: pemikiran dan gagasannya tentang konsep Rausyanfikir. Jurnal Borneo Akhailogia Heritage, Archaeology and History, 5. pp. 27-43. ISSN 2600-8726

[img] Text
Ali Syariati.pdf

Download (40kB)
[img] Text
Ali Syariati1.pdf
Restricted to Registered users only

Download (339kB)

Abstract

Rausyanfkir adalah refleksi daripada golongan intelektual berkenaan peranan dan tanggungjawab seorang intelektual. Konsep ini adalah berdasarkan tiga aspek, iaitu intelektualisme, ideologi dan idealisme. Konsep intelektualisme menjelaskan perbezaan antara istilah ‘intelektual’ dan ulama untuk mentakrifkan semula fungsi dan peranan intelektual. Aspek ideologi pula ialah seorang rausyanfkir perlu mengembalikan semula semangat Islam menerusi kaedah hermeneutik terhadap syarat ibadah, al-Quran dan hadis. Sementara konsep idealisme ialah seorang rausyanfkir perlu berfikiran ‘manusia ideal’, iaitu yakin dengan ilmu pengetahuan serta kemampuan diri dan masyarakatnya. Rausyanfkir adalah konsep yang sering dibincangkan oleh Ali Syariati dalam setiap karya dan kuliah. Objektif makalah ini adalah untuk membincangkan pemikiran Ali Syariati berkenaan kepentingan intelektual dan pengaruhnya dalam pemikiran golongan belia sebelum Revolusi Iran 1978. Kajian ini menggunakan kaedah perpustakaan dengan merujuk kepada sumber sekunder seperti buku dan jurnal. Penulisan makalah ini mendapati bahawa konsep rausyanfkir dalam pemikiran Ali Syariati mempunyai banyak kaitan dengan penjelmaan seorang intelektual yang menyedari isu-isu yang dihadapi oleh masyarakatnya tetapi pada masa yang sama tidak menafikan ajaran Islam dalam kehidupanya.

Item Type: Article
Keyword: Ali Syariati , Sejarah pemikiran , Rausyanfikir , Islam
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BL Religion > BL1-2790 Religions. Mythology. Rationalism > BL660-2680 History and principles of religions > BL1000-2370 Asian. Oriental > BL1000-1035 General
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 24 Nov 2021 06:54
Last Modified: 24 Nov 2021 06:54
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31172

Actions (login required)

View Item View Item