Penglibatan dan sumbangan bantuan Covid-19 Hidayah Centre Foundation (HCF) kepada saudara baru

Suraya Sintang and Khadijah Mohd. Khambali @ Hambali and Keighley Lloyd Al-Ganiyy K. Diaz and Habibah @ Artini Ramlie and Saifulazry Mokhtar (2021) Penglibatan dan sumbangan bantuan Covid-19 Hidayah Centre Foundation (HCF) kepada saudara baru. Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari, 22. pp. 15-26. ISSN 1985-7667 (P-ISSN) , 2289-6325 (E-ISSN)

[img] Text
FULL TEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (1MB) | Request a copy
[img] Text
ABSTRACT.pdf

Download (68kB)

Abstract

Makalah ini membincangkan penglibatan Hidayah Centre Foundation (HCF) dan sumbangan bantuan Covid19 kepada saudara baru di Sabah khususnya di kawasan pedalaman. HCF merupakan antara NGO (Non-Governmental Organisation) yang ditubuhkan sebagai pusat sokongan untuk menjalankan aktiviti kesukarelawanan dan menjaga kebajikan saudara baru. Sebagai salah satu NGO berasaskan agama [NGO(A)], HCF telah sekian lama terlibat dalam memberi agihan bantuan keperluan asas, dan penglibatan mereka semakin aktif sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kesan pandemik Covid-19. Makalah ini memfokuskan penglibatan dan sumbangan HCF dalam meningkatkan kebajikan, ekonomi dan tarbiah saudara baru serta program menjernihkan kesalahfahaman bukan Muslim terhadap Islam. Usaha ini dilakukan melalui program Ziarah Saudara baru, Kupi-Kupi dan bantuan modal ekonomi kepada saudara baru di beberapa kawasan dan daerah di Sabah. Pengumpulan data melibatkan temu bual bersama wakil kepimpinan HCF di tujuh cawangan HCF di Sabah bagi menjelaskan penglibatan mereka dalam aktiviti yang dijalankan dan kawasan tumpuan yang menjadi sasaran bantuan kepada saudara baru. Kajian ini diolah berdasarkan analisis deskriptif daripada maklumat temu bual dan penelitian laporan tahunan HCF (tahun 2014-2019) serta aktiviti atas talian di media sosial bagi menjelaskan kegiatan dan sumbangan bantuan HCF kepada saudara baru di Sabah. Kajian mendapati usaha yang dilakukan oleh HCF yang terlibat dalam misi “Sampaikan Islam, Santuni Saudara baru” telah memberi kesan positif kepada individu dan keluarga saudara baru dalam menghadapi kesukaran mendapatkan makanan asas dan masalah kewangan sepanjang PKP. Impak kajian mendapati program menyantuni saudara baru akibat pandemik Covid-19 merupakan satu keperluan mendesak dan wajar diteruskan melalui penglibatan pelbagai pihak. Melalui usaha murni HCF yang terlibat secara langsung dengan saudara baru, maka penglibatan mereka dalam melaksanakan tanggungjawab sosial ini dapat meningkatkan kesejahteraan sosial golongan saudara baru di pedalaman Sabah.

Item Type: Article
Keyword: Hidayah Centre Foundation , Pandemik Covid-19 , Saudara baru , Pedalaman Sabah
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1-610 Islam. Bahai Faith. Theosophy, etc. > BP1-253 Islam > BP170.3-170.5 Missionary work of Islam
Department: CENTRE > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning
Depositing User: SAFRUDIN BIN DARUN -
Date Deposited: 14 Oct 2022 09:00
Last Modified: 14 Oct 2022 09:00
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31231

Actions (login required)

View Item View Item