Cabaran kebolehpasaran dalam kalangan pelajar tahun akhir sepanjang pandemik covid-19

Mohd Faqhrullah Khamis and Getrude Cosmas (2021) Cabaran kebolehpasaran dalam kalangan pelajar tahun akhir sepanjang pandemik covid-19.

[img] Text
Cabaran kebolehpasaran dalam kalangan pelajar tahun akhir sepanjang pandemik covid-19-ABSTRACT.pdf

Download (61kB)
[img] Text
Cabaran kebolehpasaran dalam kalangan pelajar tahun akhir sepanjang pandemik covid-19.pdf
Restricted to Registered users only

Download (335kB) | Request a copy

Abstract

Pandemik COVID-19 memberi kesan kepada sektor ekonomi dan ramai pekerja yang telah hilang pekerjaan. Hal ini menyebabkan kerisauan dan kebimbangan kerjaya dalam kalangan pelajar universiti tahun akhir yang akan berhadapan dengan cabaran untuk mendapatkan pekerjaan selepas bergraduasi. Bagi mengatasi cabaran ini, pelajar tahun akhir perlu bersedia dengan menyertai program kebolehpekerjaan seperti program upskilling yang dapat membantu mereka bersedia untuk bekerja dan berdaya tahan dalam menghadapi cabaran pekerjaan. Kertas kerja ini membincangkan kesan penglibatan pelajar universiti tahun akhir dalam program upskilling dan kebimbangan kerjaya terhadap kesediaan bekerja dan ketahanan kendiri dalam mengatasi cabaran kebolehpekerjaan dalam tempoh pandemik. Metod yang digunakan untuk meneroka kajian lepas yang berkaitan adalah berdasarkan ulasan naratif. Kajian lepas yang memfokuskan kesan program upskilling dan pengaruh kebimbangan kerjaya terhadap kesediaan bekerja dalam kalangan pelajar tahun akhir dan ketahanan kendiri dalam menghadapi cabaran kebolehpekerjaan diterokai. Kajian ini merangkumi kajian dalam konteks tempatan dan global. Kajian lepas menunjukkan penglibatan dalam program upskilling dapat meningkatkan kesediaan bekerja dan ketahanan kendiri pelajar dalam berhadapan dengan cabaran pekerjaan seperti mencari dan mendapatkan pekerjaan yang lebih baik. Di samping itu, kebimbangan kerjaya dapat mengurangkan kesediaan bekerja dan daya tahan. Berdasarkan isu-isu kebolehkerjaan yang dibincangkan, adalah perlu dikaji isu-isu kebolehpekerjaan dengan memfokuskan kepada pelajar universiti tahun akhir di universiti tempatan dan swasta di Sabah terutamanya semasa pandemik.

Item Type: Proceedings
Keyword: Program upskilling , Kebimbangan kerjaya , Ketahanan kendiri , Pandemik Covid-19 , Pelajar universiti tahun akhir
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28-9999 Industries. Land use. Labor > HD4801-8943 Labor. Work. Working class > HD6050-6305 Classes of labor Including women, children, students, middle-aged and older persons, minorities
L Education > LA History of education > LA5-2396 History of education > LA173-186 Higher education
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 17 Dec 2021 08:28
Last Modified: 17 Dec 2021 08:28
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31320

Actions (login required)

View Item View Item