Penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) dalam kalangan pekerja sektor awam di Sabah

Nur Zariq Sofia Ruslee (2021) Penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) dalam kalangan pekerja sektor awam di Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img] Text
Penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi.pdf
Restricted to Registered users only

Download (1MB)
[img] Text
Penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi24PAGES.pdf

Download (230kB)

Abstract

Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengkaji penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam kalangan pekerja sektor awam di Sabah. Selain itu, kajian ini juga dijalankan untuk menentukan tahap penggunaan ICT, faktor-faktor yang menghalang penggunaan ICT dan pengaruh penggunaan ICT terhadap prestasi kerja dalam kalangan pekerja sektor awam di Sabah. Seramai 108 orang responden yang terdiri daripada pelbagai jenis pekerjaan dalam sektor awam telah dipilih sebagai sampel kajian untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan. Kajian ini dijalankan menggunakan kaedah tinjauan iaitu dengan mengedarkan borang soal selidik kepada pihak responden secara atas talian. Analisis deskriptif menggunakan kekerapan, peratusan, dan min telah dilaksanakan dalam kajian ini. Hasil dapatan kajian mendapati bahawa tahap penggunaan ICT dalam kalangan pekerja sektor awam berada pada tahap yang tinggi yang sekaligus menunjukkan bahawa pekerja sektor awam ini tidak mempunyai masalah dalam penggunaan ICT. Tambahan pula, analisis regrasi mudah turut digunakan dalam kajian ini menunjukkan bahawa pekerja dalam kalangan sektor awam tidak mempunyai halangan untuk menggunakan ICT kerana ianya berada pada tahap yang sederhana. Malahan, penggunaan ICT telah menyebabkan prestasi kerja mereka semakin meningkat. Model kajian dalam kajian ini turut menunjukkan nilai signifikan iaitu .000.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Tahap penggunaan , Faktor penghalang , Prestasi pekerja , ICT
Subjects: H Social Sciences > HE Transportation and Communications > HE1-9990 Transportation and communications > HE7601-8700.9 Telecommunication industry. Telegraph
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: NORAINI LABUK -
Date Deposited: 14 Dec 2021 15:05
Last Modified: 14 Dec 2021 15:05
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31325

Actions (login required)

View Item View Item