Kebolehkerjaan graduan antara pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional dan institusi pengajian tinggi awam di Kota Kinabalu Sabah

Nuraini Hamid (2021) Kebolehkerjaan graduan antara pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional dan institusi pengajian tinggi awam di Kota Kinabalu Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img] Text
Kebolehkerjaan graduan antara pendidikan.pdf
Restricted to Registered users only

Download (1MB)
[img] Text
Kebolehkerjaan graduan antara pendidikan24pages.pdf

Download (1MB)

Abstract

Penyelidikan ini meneroka kebolehkerjaan graduan di antara Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Kota Kinabalu yang mengambil kira kemahiran teknikal dan kemahiran kebolehkerjaan yang merupakan indikator kepada graduan dalam memperolehi pekerjaan. Walaupun terdapat beberapa kajian seperti ini telah dilaksanakan, namun kajian ini khusus kepada perbandingan antara dua institusi pendidikan yang berbeza. Sampel yang terlibat dalam kajian ini adalah terdiri daripada bakal graduan Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu dan Politeknik Kota Kinabalu, Sabah. Kaedah kuantitatif sepenuhnya digunakan dalam kajian ini. Sebanyak 90 borang soal selidik diedarkan melalui google form untuk tujuan analisis. Item-item soalan yang terdapat dalam borang kaji selidik diadaptasikan daripada item-item soalan yang pernah digunakan oleh penyelidik terdahulu dan diubahsuai agar bersesuaian dengan kajian ini. Data kuantitatif dianalisis menggunakan IBM SPSS versi 21 dan pelbagai kaedah statistik digunakan untuk menganalisis data yang merangkumi, statistik deskriptif, Independent T-Test. Hasil kajian menunjukkan bakal graduan Institusi pengajian Tinggi Awam dan institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional mempunyai tahap kemahiran kebolehkerjaan yang tinggi dan menerapkan elemen-elemen kemahiran kebolehkerjaan dan kemahiran teknikal kepada bakal graduan. Kajian mendapati tidak wujud perbezaan tahap kemahiran kebolehkerjaan dan elemen kemahiran kebolehkerjaan yang diterapkan kepada responden, namun demikian wujud perbezaan dalam menerapkan elemen kemahiran teknikal antara dua institusi ini. Justeru itu, setiap pihak perlu memainkan peranan dalam menjadikan kebolehkerjaan graduan terus meningkat. Kajian ini telah menyumbang pengetahuan untuk memberikan bukti kajian serta pemahaman yang lebih kepada semua pihak yang terlibat. Dari perspektif praktikal, penemuan dari kajian ini boleh digunakan oleh pengurus, penyelidik, pihak pengajian, masyarakat dan pelajar yang berminat untuk meningkatkan kebolehkerjaan graduan.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Kebolehkerjaan Graduan , IPTA , TVET , Kemahiran kebolehkerjaan , Kemahiran teknikal , Pekerjaan
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB2300-2430 Higher education
L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB2300-2430 Higher education > LB2326.4-2330 Institutions of higher education
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: NORAINI LABUK -
Date Deposited: 14 Dec 2021 15:06
Last Modified: 14 Dec 2021 15:06
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31327

Actions (login required)

View Item View Item