Respon pemimpin-pemimpin kesatuan sekerja dalam menghadapi pandemik Covid-19: Kajian Ke atas Kesatuan Pekerja-Pekerja Industri Perkayuan Sabah (STIEU)

Nursyifa Syahira Kamaruddin (2021) Respon pemimpin-pemimpin kesatuan sekerja dalam menghadapi pandemik Covid-19: Kajian Ke atas Kesatuan Pekerja-Pekerja Industri Perkayuan Sabah (STIEU). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img] Text
Respon pemimpin-pemimpin kesatuan sekerja dalam menghadapi pandemik Covid-19.pdf
Restricted to Registered users only

Download (1MB)
[img] Text
Respon pemimpin-pemimpin kesatuan sekerja dalam menghadapi pandemik Covid-1924pages.pdf

Download (1MB)

Abstract

Masyarakat di seluruh dunia telah dikejutkan dengan krisis kesihatan yang teruk akibat wabak COVID-19 yang pada mulanya muncul di wilayah Hubei, Wuhan dan kemudiannya tersebar luas ke pelbagai buah negara di seluruh dunia. Pandemik ini bukan sahaja menimbulkan masalah kesihatan namun juga memberi impak yang signifikan kepada sektor ekonomi dan pekerjaan. Justeru, bagi menghadapi dampak pandemik ini, respon yang pantas dan inovatif daripada pihak tertentu amatlah penting agar mereka dapat mengelakkan kesan yang lebih buruk dan beradaptasi dengan situasi yang sedang berlaku. Banyak kajian yang dijalankan sepanjang COVID-19 ini menunjukkan bahawa wabak tersebut memberikan kesan yang berbeza kepada pelbagai jenis sektor atau pekerjaan. Oleh itu, dengan memfokuskan kepada industri perkayuan dan juga kesatuan sekerja, kajian ini dijalankan untuk mengkaji impak pandemik COVID-19 terhadap pekerja yang merupakan ahli Kesatuan Pekerja-Pekerja Industri Perkayuan Sabah (STIEU) dan mengenal pasti respon pemimpin-pemimpin STIEU dalam menghadapi pandemik ini. Dengan menggunakan pendekatan kualitatif, pengkaji telah menemu bual tiga orang pemimpin kesatuan sekerja bagi mendapatkan data, yang kemudiannya dianalisis secara analisis tematik. Secara kesimpulannya, kajian ini mendapati pandemik COVID-19 telah mengakibatkan pendapatan para pekerja terjejas dan juga berlakunya pembuangan pekerja dalam organisasi serta pemimpin kesatuan juga telah memberikan respon yang sewajarnya dalam menghadapi pandemik ini. Berdasarkan kepada hasil kajian ini, pengkaji juga mencadangkan satu pendekatan yang boleh diguna pakai oleh pihak yang berkepentingan semasa pandemik COVID-19 ini untuk menunjukkan bahawa situasi ini boleh ditangani dengan baik melalui perbincangan dan toleransi bersama.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: COVID-19 , Impak , Kesatuan Pekerja-Pekerja Industri Perkayuan Sabah , STIEU , Sabah , Respon , Pemimpin
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28-9999 Industries. Land use. Labor > HD4801-8943 Labor. Work. Working class > HD6350-6940.7 Trade unions. Labor unions. Workers' associations
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: NORAINI LABUK -
Date Deposited: 14 Dec 2021 15:12
Last Modified: 14 Dec 2021 15:12
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31330

Actions (login required)

View Item View Item