Pengaruh pemboleh ubah jantina dalam perundingan kolektif dalam kalangan kesatuan sekerja di Sabah

Kee.Y.Sabariah Kee Mohd Yussof (2021) Pengaruh pemboleh ubah jantina dalam perundingan kolektif dalam kalangan kesatuan sekerja di Sabah.

[img] Text
Pengaruh pemboleh ubah jantina dalam perundingan kolektif dalam kalangan kesatuan sekerja di Sabah-ABSTRACT.pdf

Download (60kB)
[img] Text
PENGARUH PEMBOLEH UBAH JANTINA DALAM PERUNDINGAN KOLEKTIF DALAM KALANGAN KESATUAN SEKERJA DI SABAH.pdf
Restricted to Registered users only

Download (269kB) | Request a copy

Abstract

Amalan Interest Based Bargaining (IBB) adalah salah satu alternatif perundingan kolektif yang diamalkan oleh kesatuan sekerja dan majikan untuk mengurangkan ketegangan dan konflik ketika berunding. Walau bagaimanapun amalan IBB bukanlah satu strategi perundingan yang mudah diterima dan diamalkan oleh kesatuan sekerja dan majikan. Perbezaan demografi responden iaitu jantina turut mempengaruhi hasil perundingan kolektif. Selain itu faktor-faktor yang turut mempengaruhi adalah kaedah pemimpin kesatuan sekerja menyelesaikan konflik, iklim organisasi, sikap kolektivisme dan persepsi terhadap instrumentaliti kesatuan sekerja. Kajian ini bertujuan mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi IBB dan menguji pemboleh ubah jantina sebagai faktor penyederhana antara pemboleh ubah bersandar dan pemboleh ubah bebas. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan menggunakan borang soal selidik yang mensasarkan pemimpin-pemimpin kesatuan sekerja di Sabah. Pendekatan statistik diskriptif dan statistik inferensi digunakan untuk menganalisis data kajian. Dapatan kajian menunjukkan persepsi terhadap instrumentaliti kesatuan sekerja intrinsik dan sikap kolektivisme mempunyai hubungan yang positif dan signifikan dengan amalan IBB. Ini menunjukkan keyakinan kepada kesatuan sekerja dalam memperjuangkan hak-hak intrinsik pekerja dan sikap kolektivisme berupaya mempengaruhi pemimpin-pemimpin kesatuan sekerja untuk berunding menggunakan amalan IBB. Manakala ujian pengaruh penyederhanaan melalui analisis regresi berganda menunjukkan bahawa jantina tidak bertindak sebagai penyederhana terhadap hubungan di antara pendekatan pengurusan konflik, iklim hubungan industri, sikap kolektivisme serta persepsi terhadap instrumentaliti kesatuan sekerja dengan amalan IBB.

Item Type: Proceedings
Keyword: Interest based bargaining , IBB , Iklim hubungan industri , Kolektivisme , Instrumentaliti Kesatuan Sekerja , Jantina
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28-9999 Industries. Land use. Labor > HD4801-8943 Labor. Work. Working class > HD6350-6940.7 Trade unions. Labor unions. Workers' associations
H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman > HQ1-2044 The Family. Marriage. Women > HQ12-449 Sexual life > HQ19-30.7 Sexual behavior and attitudes. Sexuality
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 21 Dec 2021 09:47
Last Modified: 21 Dec 2021 09:47
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31423

Actions (login required)

View Item View Item