Pengaruh harapan terhadap anak dan sokongan sosial ke atas kesejahteraan subjektif ibu bapa kanak-kanak oku pembelajaran

Calistina Ubeh and Ferlis Hj. Bahari and Peter Voo Su Kiong (2016) Pengaruh harapan terhadap anak dan sokongan sosial ke atas kesejahteraan subjektif ibu bapa kanak-kanak oku pembelajaran.

[img] Text
Pengaruh harapan terhadap anak dan sokongan sosial ke atas kesejahteraan subjektif ibu bapa kanak-kanak oku pembelajaran-ABSTRACT.pdf

Download (61kB)
[img] Text
Pengaruh Harapan Terhadap Anak Dan Sokongan Sosial Ke Atas Kesejahteraan Subjektif Ibu Bapa Kanak-kanak Oku Pembelajaran.pdf
Restricted to Registered users only

Download (534kB) | Request a copy

Abstract

Golongan ibu bapa yang mempunyai anak OKU merupakan golongan yang telah dikaitkan dengan pelbagai cabaran dalam membesarkan anak khususnya anak OKU pembelajaran. Kajian sedia ada mengenai ibu bapa yang membesarkan anak OKU telah menunjukkan betapa kompleksnya cabaran yang dialami oleh ibu bapa termasuklah risiko yang melibatkan aspek kesejahteraan fizikal dan emosi. Walau bagaimanapun, golongan ibu bapa kanak-kanak OKU ini telah memberikan bukti yang berbeza-beza dalam aspek kesihatan mental yang akhirnya menggalakkan lagi penyelidikan yang memberi fokus khususnya kepada aspek-aspek positif termasuklah kesejahteraan subjektif. Mengetahui kesejahteraan subjektif ibu bapa yang membesarkan anak OKU merupakan satu keperluan yang sangat penting untuk dipenuhi memandangkan golongan ibu bapa yang membesarkan anak OKU ini adalah sebahagian daripada peratus yang signifikan dalam populasi dunia. Bagi memenuhi dan memahami keperluan tersebut, satu kajian menggunakan Partial Least Squares Structural Equation Modeling (PLS-SEM) dijalankan untuk menguji pengaruh faktor harapan terhadap anak dan sokongan sosial ke atas kesejahteraan subjektif ibu bapa OKU pembelajaran. Hasil kajian ke atas seramai 328 orang ibu bapa OKU pembelajaran menunjukkan kedua-dua faktor tersebut memberi pengaruh yang signifikan ke atas kesejahteraan subjektif ibu bapa OKU pembelajaran. Dapatan kajian ini mencadangkan harapan terhadap anak dan sokongan sosial sebagai faktor yang menyumbang kepada peningkatan kesejahteraan subjektif dalam kalangan ibu bapa OKU pembelajaran.

Item Type: Proceedings
Keyword: Ibu bapa OKU pembelajaran , Kesejahteraan subjektif , Harapan terhadap anak , Sokongan sosial
Subjects: H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman > HQ1-2044 The Family. Marriage. Women > HQ503-1064 The family. Marriage. Home > HQ755.7-759.92 Parents. Parenthood Including parent and child, husbands, fathers, wives, mothers
L Education > LC Special aspects of education > LC8-6691 Special aspects of education > LC1390-5160.3 Education of special classes of persons
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 22 Dec 2021 09:25
Last Modified: 22 Dec 2021 09:25
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31517

Actions (login required)

View Item View Item