Hubungan antara peritraumatic dissociative dan peritraumatic distress dalam kalangan sampel mangsa banjir di Kuching, Sarawak

Ferlis Bahari and Adeymend Reny Japil and Jasmine Adela Mutang and Lailawati Madlan @ Endalan and Wan Anor Wan Sulaiman and Fattin Navilla Abdul Ghani and Rosnah Ismail (2016) Hubungan antara peritraumatic dissociative dan peritraumatic distress dalam kalangan sampel mangsa banjir di Kuching, Sarawak.

[img] Text
Hubungan Antara Peritraumatic Dissociative Dan Peritraumatic Distress Dalam Kalangan Sampel Mangsa Banjir Di Kuching, Sarawak-ABSTRACT.pdf

Download (61kB)
[img] Text
Hubungan Antara Peritraumatic Dissociative Dan Peritraumatic Distress Dalam Kalangan Sampel Mangsa Banjir Di Kuching, Sarawak.pdf
Restricted to Registered users only

Download (454kB) | Request a copy

Abstract

Individu yang terdedah kepada peristiwa peristiwa traumatik (spt bencana banjir) didapati mengalami distres dan disosiatif peritraumatik pada masa dan selepas beberapa minit atau jam peristiwa tersebut. Meskipun begitu, hubungan antara distres dan disosiatif yang dialami pada masa peristiwa traumatik masih kurang jelas. Justeru, kajian ini bertujuan untuk menguji perkaitan antara distres dan di sosiatif peritraumatik dalam kalangan mangsa banjir. Seramai 116 mangsa banjir dari Daerah Kuching dan Daerah Kecil Siburan, Kuching Sarawak terlibat sebagai responden kajian. Kedua dua daerah ini merupakan kawasan kawasan yang dilanda banjir pada penghuju ng tahun 2014 dan awal tahun 2015. Responden dipilih berdasarkan kaedah persampelan bertujuan. Data dikutip dengan menggunakan soal selidik Peritraumatic Distress Inventory dan Peritraumatic Dissociative Experiences Questionnaire . Data yang diperolehi dian alisis dengan menggunakan korelasi Pearson. Dapatan kajian menunjukkan bahawa distres dan disosiasi peritraumatik mangsa banjir berhubungan secara positif dan signifikan. Dapatan ini mencadangkan bahawa sementara disosiasi peritraumatik dialami sejurus sel epas berlakunya peristiwa traumatik, pada masa yang sama distres peritraumatik juga dialami oleh mangsa banjir. Respons respons disosiatif mungkin berlaku berlaku dalam konteks distres yang meningkat.

Item Type: Proceedings
Keyword: Peritraumatic distress , Peritraumatic dissociative , Mangsa banjir
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > BF1-990 Psychology
H Social Sciences > HV Social pathology. Social and public welfare. Criminology > HV1-9960 Social pathology. Social and public welfare. Criminology > HV551.2-639 Emergency management > HV553-639 Relief in case of disasters > HV599-639 Special types of disasters
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 28 Dec 2021 17:42
Last Modified: 28 Dec 2021 17:42
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31524

Actions (login required)

View Item View Item