Pembudayaan konotasi “bahasa jiwa bangsa”: refleksi identiti kebangsaan ke arah sinergi solidariti dan harmonisasi rakyat Malaysia

Irma Wani Othman and Muhammad Safuan Yusoff and Herlina Jupiter and Saifulazry Mokhtar (2021) Pembudayaan konotasi “bahasa jiwa bangsa”: refleksi identiti kebangsaan ke arah sinergi solidariti dan harmonisasi rakyat Malaysia. International Journal of Education, Psychology and Counselling (IJEPC), 6. pp. 55-75. ISSN 0128-164X

[img] Text
Pembudayaan konotasi .pdf

Download (43kB)
[img] Text
Pembudayaan konotasi 1.pdf
Restricted to Registered users only

Download (430kB) | Request a copy

Abstract

Makalah ini membahaskan pembudayaan konotasi “Bahasa Jiwa Bangsa” sebagai elemen pemupukan refleksi identiti yang melambangkan solidariti satu bahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu bagi mencapai sinergi harmonisasi rakyat Malaysia. Penghujahan diketengahkan justeru bermatlamat menjelajahi pengalaman Malaysia sebagai sebuah negara masyhur dengan keunikan rencam bangsa, namun terpaksa mendepani pelbagai cabaran demi memartabat bahasa ibunda. Kaedah analisis kandungan data sekunder mengutilasi hasil perolehan intihanya jurnal, laporan, buku, wawancara, berita dalam talian dan lain-lain bahan bercetak. Mendasari latar belakang kajian bersifat inaugurasi, seleksi isu-isu signifikan yang dibahas dan diadun penjustifikasian merangkumi hujahan antaranya (i) Sikap, kesedaran, komitmen dan tanggungjawab masyarakat ke arah permuafakatan pemerkasaan bahasa kebangsaan, (ii) Fenomena media sosial dan pengaruh media massa dalam kelestarian bahasa kebangsaan, (iii) Kealpaan pemuliharaan penghasilan karya seni dan kesusasteraan negara dan (iv) Peranan vital Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dalam menyemarakkan pembudayaan konotasi “Bangsa Jiwa Bangsa”. Disputasi sasaran perbincangan secara tuntas menekankan relevansi penggubalan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 yang ternyata membuktikan iltizam negara memelihara kelangsungan status bahasa Melayu melalui penguatkuasaan perundangan. Hala tuju masa depan kajian seumpama ini wajar memfokalkan intipati perdebatan lanjut bagi mendukung bahasa ibunda sebagai satu khazanah dan warisan terbesar buat rakyat Malaysia.

Item Type: Article
Keyword: “Bahasa Jiwa Bangsa” , Refleksi Identiti , Solidariti , Harmonisasi , Masyarakat Majmuk
Subjects: D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements
P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania > PL1-8844 Languages of Eastern Asia, Africa, Oceania > PL3512 Malaysian literature
Department: CENTRE > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 22 Dec 2021 17:45
Last Modified: 22 Dec 2021 17:45
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31525

Actions (login required)

View Item View Item