Penemuan gendang gangsa Timbang Dayang di Pulau Banggi, Sabah

Nordiana Nasuha Molinka and Baszley Bee Basrah Bee and Maureen De Silva (2021) Penemuan gendang gangsa Timbang Dayang di Pulau Banggi, Sabah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6. pp. 196-201. ISSN 2504-8562

[img] Text
Penemuan gendang gangsa Timbang Dayang di Pulau Banggi, Sabah.pdf

Download (37kB)
[img] Text
Penemuan gendang gangsa Timbang Dayang di Pulau Banggi, Sabah1.pdf
Restricted to Registered users only

Download (496kB) | Request a copy

Abstract

Penemuan gendang gangsa Timbang Dayang (GGTD) telah mewajarkansemula interpretasi sejarah keberadaan gendang gangsa di Malaysia khususnya di Sabah. Sehingga kini, koleksi gendang gangsa di Malaysia adalah sejumlah 22 buah gendang yang masih banyak kelompangan atau ruang kajian untuk dikongsikan dengan umum. Koleksi tersebut melibatkan penemuan secara tidak sengaja, koleksi sedia ada di istana, muzium dan orang perseorangan. Manakala GGTD pula merupakan gendang gangsa tunggal yang ditemui di timur Malaysia dan yang ketiga di Borneo selepas Sambas I dan Sambas II. Artifak GGTD berkondisi 70% lengkap-rapuh dengan kesan patina dan kotoran tanah yang masih belum dibersihkan menyukarkan proses analisis fizikal. Namun demikian, proses pendokumentasian harus dilakukan sebagai usaha menyelamatkan data arkeologi pada gendang sebelum keadaan tahap kemerosotan bertambah serius. Sehubungan dengan itu, fokus perbincanganadalah menjelaskan bagaimana GGTD berada di bukit Timbang Dayang, pulau Banggi, Kudat. Diharapkan dengan adanya kajian ini dapat memberikan interpretasi terkini dan meletakkannya setara dengan kajian gendang gangsa yang lain di Malaysia dan Asia Tenggara umumnya.

Item Type: Article
Keyword: Gendang gangsa , Pulau Banggi , Perdagangan , Teluk Marudu , Zaman gangsa
Subjects: D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements > DS595.8-597.215 History
G Geography. Anthropology. Recreation > GN Anthropology > GN1-890 Anthropology > GN700-890 Prehistoric archaeology
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 22 Dec 2021 17:52
Last Modified: 22 Dec 2021 17:52
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31527

Actions (login required)

View Item View Item