Dasar perburuhan dan impaknya terhadap pergerakan kesatuan sekerja di Malaysia: satu kajian awal

Mahadirin Ahmad and Kee.Y.Sabariah Kee Mohd Yussof and Noor Syakirah Zakaria (2019) Dasar perburuhan dan impaknya terhadap pergerakan kesatuan sekerja di Malaysia: satu kajian awal. Journal of Borneo Social Transformation Studies (JOBSTS), 5. pp. 86-113. ISSN 2462-2095

[img] Text
Dasar perburuhan dan impaknya terhadap pergerakan kesatuan sekerja di Malaysia.pdf

Download (43kB)
[img] Text
Dasar perburuhan dan impaknya terhadap pergerakan kesatuan sekerja di Malaysia1.pdf
Restricted to Registered users only

Download (608kB) | Request a copy

Abstract

Perkembangan pergerakan buruh dan senario hubungan industri di Malaysia telah bermula sejak tahun 1920-an lagi yang turut dipengaruhi oleh dasar pentadbiran British di Tanah Melayu. Sejak detik itu, kesatuan sekerja terus berkembang di Tanah Melayu dan mengalami proses perubahan kesan tindakan kawalan dan pelbagai sekatan termasuklah pengenalan Undang-undang Darurat pada Tahun 1948.Dasar kawalan dan sekatan tersebut terus diamalkan sehingga negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Berdasarkan tinjauan terhadap sorotan literatur, terdapat perubahan-perubahan tertentu mengenai dasar perburuhan mengikut kepimpinan tertinggi negara iaitu Perdana Menteri yang turut mempengaruhi sistem hubungan industri di Malaysia. Sejak kemerdekaan dicapai, pemimpin atau Perdana Menteri Pertama di Malaysia iaitu Tunku Abdul Rahman telah mencorakkan sistem hubungan industri yang berubah dari sistem voluntary kepada corak compulsory arbitration melalui penguatkuasaan Akta Perhubungan Perusahaan, 1967. Manakala perubahan telah berlaku pada zaman pemerintahan Perdana Menteri kedua, iaitu Tun Abdul Razak yang telah memperkenalkan sistem akomodatif antara kesatuan sekerja dan majikan. Perubahan seterusnya berlaku pada tahun 1976 apabila Tun Hussien Onn telah menggubal dasar perburuhan yang lebih ketat ke atas pergerakan kesatuan sekerja. Perubahan terus berlaku melalui kepimpinan baru pada tahun 1981 di bawah pentadbiran Tun Dr. Mahathir Muhammad yang telah memperkenalkan pelbagai dasar bagi menyokong proses perindustrian negara. Antaranya ialah Dasar Pandang ke Timur yang telah menggalakkan kewujudan kesatuan sekerja dalaman. Selain itu, penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) turut diperluaskan bagi mengawal pemimpin kesatuan yang cenderung bersifat konfliktual. Perubahan seterusnya berlaku pada era pentadbiran Tun Abdullah yang memperkenalkan corak pentadbiran Islamik melalui amalan Islam Hadari sejak tahun 2003. Peringkat seterusnya adalah di bawah pentadbiran Datuk Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak yang memperkenalkan program transformasi negara dan konsep 1 Malaysia sejak tahun 2009. Peringkat terkahir ialah pada era Malaysia Baharu di bawah Pentadbiran Tun Dr. Mahathir Mohammad setelah kemenangan Pakatan Harapan dalam Pilihanraya Umum ke-14 pada tahun 2018. Berdasarkan senario tersebut, kertas kerja ini akan menjelaskan perubahan dasar kerajaan serta tahap penerimaan pergerakan kesatuan sekerja sepanjang era pemerintahan keenam-enam Perdana Menteri Malaysia. Akhirnya, analisis perubahan tersebut akan dibincangkan berkaitan implikasinya terhadap kelangsungan kesatuan sekerja yang turut mempengaruhi corak hubungan industri di Malaysia.

Item Type: Article
Keyword: Pemimpin , Kesatuan Sekerja , Hubungan Industri , Dasar Perburuhan
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28-9999 Industries. Land use. Labor > HD4801-8943 Labor. Work. Working class > HD6350-6940.7 Trade unions. Labor unions. Workers' associations
Department: FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 28 Dec 2021 15:59
Last Modified: 28 Dec 2021 15:59
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31531

Actions (login required)

View Item View Item