Isu “stateless” dalam kalangan etnik Kurdis di Turki: punca dan implikasi

Ermah Gusman (2019) Isu “stateless” dalam kalangan etnik Kurdis di Turki: punca dan implikasi. Journal of Borneo Social Transformation Studies (JOBSTS), 5. pp. 17-34. ISSN 2462-2095

[img] Text
Isu “stateless” dalam kalangan etnik Kurdis di Turki.pdf

Download (41kB)
[img] Text
Isu “stateless” dalam kalangan etnik Kurdis di Turki1.pdf
Restricted to Registered users only

Download (665kB)

Abstract

Penulisan ini adalah mengenai isu stateless (tidak bernegara) bangsa Kurdis di Turki. Kajian mengenai isu ini adalah sangat signifikan kerana isu ini telah memberi kesan terhadap institusi politik di Turki dan secara tidak langsung turut menjadi perhatian masyarakat antarabangsa. Kegagalan Perjanjian Sevres pada tahun 1920 telah menyebabkan wilayah Kurdistan terpaksa dibahagikan dan dijadikan sempadan kepada empat buah negara iaitu Turki, Syria, Iran dan Iraq. Pembahagian sempadan tersebut telah menyebabkan etnik Kurdis di Turki kehilangan wilayah dan menjadi antara golongan stateless yang terbesar pada hari ini. Isu stateless etnik Kurdis di Turki juga telah membawa kepada diaspora yang besar ke beberapa buah negara terutamanya di Eropah. Usaha self-determination etnik Kurdis yang memperjuangkan kemerdekaan wilayah Kurdistan giat dijalankan oleh pergerakan nasionalis Kurdis di Turki terutamanya PKK (Kurdish Workers’ Party). Etnik Kurdis yang berada di dalam diaspora juga turut menjalankan usaha self-determination dan mempromosikan semangat nasionalisme dalam kalangan mereka dengan penerapan budaya dan bahasa Kurdis terutamanya mereka yang berada di negara-negara barat yang bersifat liberal.

Item Type: Article
Keyword: Diaspora , Kurdis , Perjanjian Lausanne 1923 , Self-determination
Subjects: D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 22 Dec 2021 18:16
Last Modified: 22 Dec 2021 18:16
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31538

Actions (login required)

View Item View Item