Memahami strategi daya tindak mangsa bencana banjir berdasarkan kajian kualitatif

Fattin Navilla Abdul Ghani and Ferlis Bullare @ Bahari (2016) Memahami strategi daya tindak mangsa bencana banjir berdasarkan kajian kualitatif.

[img] Text
Memahami strategi daya tindak mangsa bencana banjir berdasarkan kajian kualitatif-ABSTRACT.pdf

Download (60kB)
[img] Text
Memahami Strategi Daya Tindak Mangsa Bencana Banjir Berdasarkan Kajian Kualitatif.pdf
Restricted to Registered users only

Download (450kB) | Request a copy

Abstract

Apabila bencana berlaku pelbagai bantuan seperti penempatan sementara, makanan dan minuman, pakaian bersih serta bantuan logistik dan fizikal yang lain diberikan kepada mangsa bencana. Namun begitu, kurang diketahui tentang cara mangsa menghadapi bencana yang sedang be rlaku. Oleh itu, objektif kajian ini adalah penerokaan berkenaan strategi daya tindak mangsa bencana menggunakan kajian kualitatif. Responden yang terlibat adalah mangsa banjir yang berlaku pada tahun 2015 iaitu 3 mangsa banjir besar di Gua Musang, Kelantan dan 5 mangsa banjir di Kuching, Sarawak. Hasil dapatan kajian kualitatif berdasarkan kaedah open coding daripada hasil temu bual bersama mangsa banjir mendapati terdapat dua fasa dalam strategi daya tindak mangsa banjir iaitu fasa semasa bencana banjir d an fasa selepas bencana banjir. Dalam fasa semasa banjir terdapat tiga strategi daya tindak iaitu berbual dan mendengar, strategi spiritual, dan memasak bersama sama dan makan bersama sama. Manakala fasa selepas banjir pula adalah bergotong royong membersi hkan rumah dan mempunyai harapan untuk kelan g sungan hidup. Oleh itu, kajian ini bukan sekadar mengetahui cara mangsa banjir menghadapi bencana tetapi juga sebagai pengetahuan kepada pihak kerajaan, NGO dan swasta bagi memantapkan lagi proses menyalurkan ba ntuan bukan sekadar bantuan logistik tetapi turut menyalurkan bantuan berbentuk emosi atau psikologikal kepada mangsa bencana.

Item Type: Proceedings
Keyword: Strategi daya tindak , Mangsa banjir , Kajian kualitatif
Subjects: H Social Sciences > HV Social pathology. Social and public welfare. Criminology > HV1-9960 Social pathology. Social and public welfare. Criminology > HV551.2-639 Emergency management > HV553-639 Relief in case of disasters > HV599-639 Special types of disasters
T Technology > TC Hydraulic engineering. Ocean engineering > TC1-978 Hydraulic engineering > TC530-537 River protective works. Regulation. Flood control
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 28 Dec 2021 17:45
Last Modified: 28 Dec 2021 17:45
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31554

Actions (login required)

View Item View Item