Rawatan kaunseling penyalahgunaan dadah menggunakan strategi motivational interviewing (MI): Satu kajian kes

Juliah Subandi and Puteri Hayati Megat Ahmad and Nurul Hudani Mad Nawi (2016) Rawatan kaunseling penyalahgunaan dadah menggunakan strategi motivational interviewing (MI): Satu kajian kes.

[img] Text
Rawatan kaunseling penyalahgunaan dadah menggunakan strategi motivational interviewing (MI), Satu kajian kes-ABSTRACT.pdf

Download (60kB)
[img] Text
Rawatan Kaunseling Penyalahgunaan Dadah Menggunakan Strategi Motivational Interviewing (Mi), Satu Kajian Kes.pdf
Restricted to Registered users only

Download (794kB) | Request a copy

Abstract

Kajian kes ini bertujuan untuk melihat kesan rawatan kaunseling penyalahgunaan dadah menggunakan strategi Motivational Interviewing (MI) bagi klien penyalahgunaan dadah yang menjadi Orang Kena Pengawasan (OKP) di Agensi Anti Dadah Kebangsaan di Kota Kinabalu Sabah. Kajian kes ini cuba untuk menjelaskan pelaksanaan rawatan yang dijalankan oleh kaunselor menggunakan strategi MI di dalam sesi kaunseling. Pelaporan kajian kes ini memfokuskan kepada latar belakang klien, latar belakang masalah klien, pengkonsepsian kes, pelaksanaan rawatan dan rumusan kes. Latar belakang klien merangkumi penampilan, tahap kesediaan untuk berubah dan pencetus kepada ketagihan klien. Di dalam pengkonsepsian kes, penulisan tertumpu kepada rasional penggunaan strategi yang digunakan. Perancangan dan pelaksanaan rawatan kaunseling penyalahgunaan dadah strategi MI ini merangkumi matlamat perubahan, kaedah rawatan, intervensi rawatan dan pengukuran perubahan. Perubahan klien dinilai melalui pemerhatian kaunselor berdasarkan MSE, rekod kilen dan perubahan percakapan klien. Rawatan kaunseling sebanyak lapan sesi ini telah dapat membawa perubahan positif terhadap klien. Implikasi dapatan kajian kes ini menunjukkan strategi MI adalah satu pilihan rawatan yang boleh digunakan oleh kaunselor dalam membantu klien penyalahgunaan dadah.

Item Type: Proceedings
Keyword: Strategi motivational interviewing , Pengkonsepsian kes , Pelaksanaan rawatan , Pengukuran perubahan
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > BF1-990 Psychology > BF636-637 Applied psychology
H Social Sciences > HV Social pathology. Social and public welfare. Criminology > HV1-9960 Social pathology. Social and public welfare. Criminology > HV5800-5840 Drug habits. Drug abuse
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 28 Dec 2021 18:00
Last Modified: 28 Dec 2021 18:00
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31562

Actions (login required)

View Item View Item