Hubungan antara jangkaan ibu bapa dengan kepuasan keibubapaan

Abdul Adib Asnawi and Agnis Sombuling (2016) Hubungan antara jangkaan ibu bapa dengan kepuasan keibubapaan.

[img] Text
Hubungan antara jangkaan ibu bapa dengan kepuasan keibubapaan-ABSTRACT.pdf

Download (62kB)
[img] Text
Hubungan Antara Jangkaan Ibu Bapa Dengan Kepuasan Keibubapaan.pdf
Restricted to Registered users only

Download (593kB) | Request a copy

Abstract

Jangkaan dan kepuasan merupakan dua bidang yang berbeza, namun ianya saling berkaitan. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengkaji hubungan antara jangkaan ibu bapa dengan kepuasan keibubapaan. Selain itu, kajian ini turut mengkaji perbezaan ibu dan bapa terhadap kepuasan keibubapaan. Sampel kajian ini terdiri daripada golongan ibu dan bapa, dan pemilihan sampel kajian dijalankan secara rawak dari dua kawasan iaitu sekitar daerah Kota Kinabalu dan Beaufort. Seramai 210 orang responden yang terdiri daripada 97 orang bapa (46.2%) dan 113 orang ibu (53.8%) terlibat dalam kajian ini. Soal selidik yang digunakan terbahagi kepada 3 bahagian iaitu a) demografi responden, b) maklumat berkaitan jangkaan ibu bapa dan c) maklumat berkaitan kepuasan keibubapaan. Bagi pengukuran jangkaan ibu bapa, Parent Comparison Level Index (PCLI) telah digunakan, sementara pengukuran kepuasan keibubapaan pula menggunakan Parent Satisfaction Scale (PSS). Data yang diperolehi telah dianalisis menggunakan Korelasi dan Ujian-t sampel bebas melalui IBM SPSS versi 21.0. Hasil analisis menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara jangkaan ibu bapa dengan kepuasaan keibubapaan dan hubungan yang wujud adalah positif. Hasil daripada kajian ini secara tidak langsung memberikan impak khususnya bagi golongan ibu bapa, di mana ibu bapa dapat menetapkan jangkaan yang tidak terlalu optimistik dan realistik yakni tinggi apabila memasuki alam keibubapaan agar kepuasan dalam keibubapaan dapat dicapai.

Item Type: Proceedings
Keyword: Jangkaan , Kepuasan , Keibubapaan
Subjects: H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman > HQ1-2044 The Family. Marriage. Women > HQ503-1064 The family. Marriage. Home > HQ755.7-759.92 Parents. Parenthood Including parent and child, husbands, fathers, wives, mothers
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 28 Dec 2021 18:07
Last Modified: 28 Dec 2021 18:07
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31567

Actions (login required)

View Item View Item