Persepsi terhadap faktor pencetus kecurangan pasangan mengikut jantina

Norhamidah Jarimal @ Safri and Murnizam Halik and Balan Rathakrishnan and Jasmine Adela Mutang and Risalshah Latif and Azahar Che Latiff and Surianti Lajuma (2016) Persepsi terhadap faktor pencetus kecurangan pasangan mengikut jantina.

[img] Text
Persepsi terhadap faktor pencetus kecurangan pasangan mengikut jantina-ABSTRACT.pdf

Download (58kB)
[img] Text
Persepsi Terhadap Faktor Pencetus Kecurangan Pasangan Mengikut Jantina.pdf
Restricted to Registered users only

Download (564kB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji persepsi terhadap faktor pencetus kecurangan (kecurangan fizikal dan emosi) pasangan mengikut jantina. Seramai 695 orang yang terdiri daripada pekerja dan pelajar prasiswazah di salah sebuah universiti awam di Malaysia telah dijadikan responden kajian. Responden dikehendaki melengkapkan satu set soalan terbuka untuk mendapatkan maklumat mengenai faktor pencetus kecurangan. Hasil kajian ini menunjukkan terdapat enam tema utama yang menjadi persepsi faktor pencetus kecurangan terhadap pasangan bagi lelaki dan tujuh tema utama bagi perempuan. Faktor komunikasi dipersepsikan sebagai faktor utama pencetus kecurangan. Terdapat tiga sub tema dalam faktor komunikasi iaitu ketiadaan persefahaman bagi kedua-dua jantina dan tambahan sub tema salah faham dan sentiasa bergaduh antara pasangan bagi perempuan. Data telah dianalisis dengan menggunakan pendekatan indigenous psychology melalui pengkategorian, pengkodan terbuka dan pengkodan paksi. Implikasi penemuan dibincangkan dan hala tuju untuk kajian akan datang dinyatakan.

Item Type: Proceedings
Keyword: Persepsi , Kecurangan , Pasangan
Subjects: H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman > HQ1-2044 The Family. Marriage. Women > HQ503-1064 The family. Marriage. Home > HQ801-801.83 Man-woman relationships. Courtship. Dating
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 07 Jan 2022 09:19
Last Modified: 07 Jan 2022 09:19
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31576

Actions (login required)

View Item View Item