Model ketidakupayaan sosial-perubatan bagi orang kurang upaya di Malaysia

Lineker Ak Takom and Ferlis Bullare @ Bahari and Jasmine Adela Mutang and Lailawati Madlan @ Endalan and Mohd. Dahlan A. Malek (2016) Model ketidakupayaan sosial-perubatan bagi orang kurang upaya di Malaysia.

[img] Text
Model ketidakupayaan sosial-perubatan bagi orang kurang upaya di Malaysia-ABSTRACT.pdf

Download (62kB)
[img] Text
Model Ketidakupayaan Sosial-perubatan Bagi Orang Kurang Upaya Di Malaysia.pdf
Restricted to Registered users only

Download (577kB) | Request a copy

Abstract

Dalam Model Perubatan, kurang upaya dianggap sebagai ketidakupayaan fungsi kronik yang menyebabkan ketidakupayaan fizikal atau mental, seterusnya membawa kepada ketidakmampuan untuk bekerja dan terlibat sepenuhnya dalam masyarakat. Berbeza dengan Model Ketidakupayaan Sosial yang beranggapan bahawa OKU dilihat sebagai kumpulan minoriti yang dikenakan diskriminasi, stigma, pengasingan sosial, penindasan, peminggiran dan berhadapan dengan banyak halangan sosial untuk terlibat sepenuhnya dalam masyarakat. Bagi konteks Malaysia, adakah OKU dilihat menggunakan persepktif Model Sosial atau Model Perubatan? Isu ini penting diterokai kerana perspektif Model Perubatan ke atas OKU telah berakar umbi dalam nilai masyarakat dan ia dikaitkan dengan kapitalisme serta meritokrasi yang telah mendominasi nilai-nilai masyarakat dunia pada masa ini (McLaughlin dan Kenji Kuno, 2011). Melihat isu ini, satu kajian menggunakan kaedah Grounded Theory telah digunakan untuk meneroka dan menjana konsep ketidakupayaan berdasarkan perspektif Model Sosial dan Perubatan bagi OKU di Malaysia. Analisis Grounded Theory telah menghasilkan lima perspektif Model Sosial-Perubatan (penerimaan, kehidupan berdikari, kesaksamaan, aksesibiliti dan kuasa dalam membuat keputusan); tiga sumber Model Sosial-Perubatan (kesedaran diri OKU, kesedaran masyarakat dan kesedaran Ibu bapa); enam halangan Model Sosial (ketidakadilan, stigma, diskriminasi, halangan, pengasingan dan ketidakberkesanan undang-undang); dua strategi (mendapat sokongan dan mendapat pengetahuan); pengaruh Model Sosial-Perubatan (kesejahteraan). Disimpulkan bahawa, dengan mengenal pasti dan menghasilkan model ketidakupayaan yang baru berkaitan dengan Model Sosial dan Model Perubatan yang sedia ada, ia akan memberikan maklumat yang berguna untuk kerajaan sebelum program atau polisi dilaksanakan.

Item Type: Proceedings
Keyword: Model ketidakupayaan sosial-perubatan , Kesejahteraan dalam kalangan OKU
Subjects: H Social Sciences > HV Social pathology. Social and public welfare. Criminology > HV1-9960 Social pathology. Social and public welfare. Criminology > HV697-4959 Protection, assistance and relief > HV697-3024 Special classes > HV1551-3024 People with disabilities: Including blind, deaf, people with physical and mental disabilities
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 07 Jan 2022 09:24
Last Modified: 07 Jan 2022 09:24
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31578

Actions (login required)

View Item View Item