Penggunaan internet dan kesannya terhadap kesejahteraan subjektif dalam kalangan remaja: Peranan jenis gaya keibubapaan sebagai moderator

Rickless Das and Ferlis Bahari and Habibie Ibrahim (2016) Penggunaan internet dan kesannya terhadap kesejahteraan subjektif dalam kalangan remaja: Peranan jenis gaya keibubapaan sebagai moderator.

[img] Text
Penggunaan internet dan kesannya terhadap kesejahteraan subjektif dalam kalangan remaja, Peranan jenis gaya keibubapaan sebagai moderator-ABSTRACT.pdf

Download (63kB)
[img] Text
Penggunaan Internet Dan Kesannya Terhadap Kesejahteraan Subjektif Dalam Kalangan Remaja, Peranan Jenis Gaya Keibubapaan Sebagai Moderator.pdf
Restricted to Registered users only

Download (737kB) | Request a copy

Abstract

Kemudahan untuk mengakses internet kini lebih mudah dengan adanya faktor telefon pintar dan program kerajaan dalam memperkasakan jaringan teknologi. Seiring dengan perkembangan ini, remaja khususnya dilihat aktif dalam pelbagai kegiatan yang melibatkan internet. Kesannya, kesejahteraan subjektif remaja juga turut dipengaruhi. Menyedari isu ini, faktor gaya keibubapaan harus diteliti kerana ibubapa memainkan peranan penting dalam menentukan pengawalan terhadap anak-anak. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk melihat kesan penggunaan internet dan interaksi dengan gaya keibubapaan terhadap kesejahteraan subjektif remaja. Seramai 318 remaja di sekitar Kota Kinabalu terlibat dalam kajian ini. Hasil kajian mendapati remaja dalam ketagihan internet (18 kekerapan) manakala golongan berisiko (181 kekerapan) dan pengguna normal (119 kekerapan). Secara keseluruhan, remaja mempersepsikan gaya keibubapaan ibu dan bapa mereka sebagai autoritatif manakala tahap kesejahteraan subjektif remaja secara keseluruhannya di tahap sederhana. Pengaruh penggunaan internet terhadap kesejahteraan hidup hanya didapati terhadap afek negatif remaja (F (1,316)=11.219, k <.05). Hasil analisis regrasi mendapati gaya keibubapaan ibu dan bapa autoritatif signifikan mempengaruhi kepuasan hidup dan afek positif remaja, manakala bapa autoritarian signifikan mempengaruhi kepuasan hidup dan afek positif remaja sementara ibu autoritarian dan bapa autoritatif signifikan mempengaruhi kebahagiaan remaja. Hasil interaksi gaya keibubapaan dan penggunaan internet mendapati ibu autoritarian (F (3,314)=5.241, k <.05) signifikan berperanan sebagai moderator dalam hubungan antara penggunaan internet dengan afek negatif (Beta=.115), (t=2.062), hasil yang sama didapati dalam kesan interaksi bapa autoritarian (F (3,314)=5.185, k<.05 dan penggunaan internet terhadap afek negatif (Beta=.113), (t=2.033). Diharapkan penyelidikan ini dapat memberi sedikit sebanyak input yang berguna kepada masyarakat khususnya Malaysia, Institusi Kekeluargaan dan pendidikan.

Item Type: Proceedings
Keyword: Kesejahteraan subjektif , Penggunaan internet , Gaya keibubapaan , Remaja
Subjects: H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman > HQ1-2044 The Family. Marriage. Women > HQ503-1064 The family. Marriage. Home > HQ755.7-759.92 Parents. Parenthood Including parent and child, husbands, fathers, wives, mothers
T Technology > T Technology (General) > T1-995 Technology (General)
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 07 Jan 2022 09:26
Last Modified: 07 Jan 2022 09:26
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31581

Actions (login required)

View Item View Item