Ketidakselesaan muskuloskeletal (MSD discomfort) dalam kalangan pekerja wanita: Kajian awalan di Putrajaya

Ismail Maakip and Peter S.K. Voo and Sharon Kwan Sam Mee and Guan Teik Ee (2016) Ketidakselesaan muskuloskeletal (MSD discomfort) dalam kalangan pekerja wanita: Kajian awalan di Putrajaya.

[img] Text
Ketidakselesaan muskuloskeletal (MSD discomfort) dalam kalangan pekerja wanita, kajian awalan di Putrajaya-ABSTRACT.pdf

Download (83kB)
[img] Text
Ketidakselesaan Muskuloskeletal (Msd Discomfort) Dalam Kalangan Pekerja Wanita, Kajian Awalan Di Putrajaya.pdf
Restricted to Registered users only

Download (753kB) | Request a copy

Abstract

Ketidakselesaan muskuloskeletal (MSD) adalah salah satu isu kesihatan yang wujud dalam pelbagai jenis pekerjaan di seluruh dunia. Faktor risiko yang menyumbang kepada ketidakselesaan muskuloskeletal (MSD) ini adalah pelbagai seperti faktor fizikal, psikososial dan individu. Namun begitu, majoriti kajian mengenainya bertumpu di negara barat yang berkemungkinan tidak sesuai untuk diaplikasikan di negara lain. Kajian ini dilakukan untuk menyelidik faktor risiko yang menyumbang kepada ketidakselesaan muskuloskeletal (MSD) di Malaysia. Soal selidik digunakan untuk mengumpul data berkenaan aspek demografi, keseimbangan rumah-kerja, kebolehan kerja, kesihatan mental dan ketidakselesaan muskuloskeletal (MSD). Kadar prevalens ketidakselesaan muskuloskeletal (MSD) adalah 93.4% dalam kalangan pekerja wanita dalam sampel kajian ini. Daripada 333 pekerja wanita yang menyertai kajian ini, masalah ketidakselesaan muskuloskeletal (MSD) yang paling kerap dialami ialah di bahagian leher/bahu (92%), diikuti oleh bahagian lower back (87.5%), lower extremity (hips, bottom, and feet) (82.4%), tangan/jari (75%) dan akhir sekali lengan (57.1%). Hasil kajian juga mendapati faktor risiko seperti keseimbangan rumah-kerja (β=- .14), kebolehan kerja (β=.13) dan kesihatan mental (β=.51) menyumbang kepada ketidakselesaan muskuloskeletal (MSD) dalam kalangan pekerja wanita. Aspek keseimbangan rumah-kerja, kebolehan kerja dan kesihatan mental perlu diambil kira dalam pembentukan dan perlaksanaan pengurusan risiko ketidakselesaan muskuloskeletal (MSD) dalam kalangan pekerja pejabat terutamanya pekerja wanita.

Item Type: Proceedings
Keyword: Ketidakselesaan muskuloskeletal , Keseimbangan rumah kerja , Kebolehan kerja , Kesihatan mental
Subjects: H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman > HQ1-2044 The Family. Marriage. Women > HQ1101-2030.7 Women. Feminism
R Medicine > RC Internal medicine > RC31-1245 Internal medicine > RC581-951 Specialties of internal medicine > RC925-935 Diseases of the musculoskeletal system
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 07 Jan 2022 09:45
Last Modified: 07 Jan 2022 09:45
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31591

Actions (login required)

View Item View Item